Kunjung mengunjung sesama sendiri, kalau zaman PH teruk kena hentam

Kunjung mengunjung sesama sendiri, kalau zaman PH teruk kena hentam

Zaman Menteri PN pun takder group whatsap ke?

Tiada group whatsap ke? Tun tak jadi admin buat group whatsap? Itulah komen-komen dari netizen apabila ada Menteri-menteri yang berkunjung hormat bersama Menteri lain ketika zaman Pakatan Harapan.

Semalam tular satu status yang dimuatnaik oleh Dato’ Ibrahim Tuan Man di akaun facebooknya. Memetik status yang dimuatnaik ;-

Tadi berkunjung ke pejabat Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri. Turut bersama saya YB Menteri dan YB Timbalan Menteri di JPM (Agama). Beberapa perkara melibatkan kepentingan umat Islam di Malaysia dan antarabangsa telah dibincangkan secara harmoni.

https://www.facebook.com/333762569997423/posts/4256096817763959/

Amboi hilang terus komen-komen netizen yang bertanya “tiada group whatsap ke?”. Kalau dahulu, Menteri Agama YB Dato’ Seri Dr Mujahid mengadakan kunjungan hormat bersama Menteri-menteri sehingga menimbulkan “fitnah besar dari netizen”. Kunjung hormat bersama YB Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan paling hebat Mujahid difitnah. Sehingga ada yang menyatakan Lim Guan Eng mempengerusikan mesyuarat Hal Ehwal Islam. Lim Guan Eng mempengerusikan mesyuarat hendak menjual Tabung Haji.

Walhal Mujahid mengadakan kunjungan hormat salah satunya ingin bekerjasama mengadakan Townhall Maqasid Syariah bersama kementerian dan agensi-agensi di bawah Menteri yang terlibat. Malah memberi penjelasan berkaitan dasar Rahmatan Lil Alamin yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Bila kena batang hidung sendiri, buat-buat tak nampak ajer la walaun dan malaun.

Sumber: