Lubang benam sedalam satu meter dilaporkan berlaku di jalan masuk Kompleks Bunga Raya
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Kejadian itu berlaku di kawasan berturap di antara pintu masuk dan keluar
Kompleks Bunga Raya di KLIA Terminal 1 menurut laporan JKR.
“Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada
berhampiran kawasan lubang benam, dan kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian,” katanya hari ini.
“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah siasatan selesai, dan kami akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh mereka,” tambahnya.
BACA:Lolipop ‘dadah’ dijual secara terang-terangan di Tiktok, PDRM tak perasan?