Lagu ‘Hoiyahoi’ jadi trending lepas Zahid TPM, akhirnya Altimet bersuara

Lagu ‘Hoiyahoi’ jadi trending lepas Zahid TPM, akhirnya Altimet bersuara. Penyanyi rap, Altimet diser4ng netizen selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) I semalam.

Rata-rata warganet di Instagram meluahkan kekesalan dan meninggalkan sindlran halus kepada Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berikutan lagu nyanyian serta ciptaannya yang berbaur politik berjudul Aduh Malaysia.

Lagu itu seolah olah telah memakan dirinya apabila antara lirik lagu berkenaan adalah “Hoi hoi ya hoi, siapa sokong penyamun? Hoi bangun yang lama mengelamun. Duit kau aku, semua dia sapu”

@zackrockstar666 Aduh Malaysia by @altimet_ #fyp ♬ original sound – ZackRockstar

Difahamkan, lagu dinyanyikan oleh Altimet diambil daripada inspirasi pergerakan yang dilancarkan oleh Rafizi Ramli yang baru dilantik sebagai Menteri Ekonomi Kerajaan Perpaduan iaitu ‘Ayuh Malaysia’.

Lagu'Hoiyahoi' jadi trending lepas Zahid TPM, akhirnya Altimet bersuara

usteru rata-rata juga mengharapkan Altimet mengeluarkan lagu baharu yang mungkin dapat mengimbangi semula dengan lirik sebelum ini yang dilihat sudah memakan diri.

Lagu'Hoiyahoi' jadi trending lepas Zahid TPM, akhirnya Altimet bersuara

“Sempat lagi tukar lirik bro,” komen salah seorang warga maya

“Tolong buat lagu baru please. Tak sabar nak dengar ni,” minta salah seorang netizen

“Tukar sikit lirik hoi ya hoi kami sayang peny4mub,” kata salah seorang warga net

Altimet membiarkan komen komen ‘panas’ tanpa membalas yang mula membanjiri Instagram miliknya itu.

Namun dilihat seolah-olah melarikan diri ke Twitter dengan satu ciapan.

Tiada kata, Altimet hanya menciap satu dua emoji yang menunjukkan konon dia tidak tahu apa-apa.

Ciapan itu turut mendapat lebih 300 komen dan hampir 3,000 retweet setakat lewat malam tadi.

BACA:

“Dah macam pakai tuala mandi” – Netizen perasan sesuatu di badan Leona

Ramai kurang senang selepas Ayda Jebat keluar video baru

Pening gadis ini fikir nak kacau susu dalam gelas pelik ni

CATEGORIES