Lagu PRU ‘makan diri’, Altimet dedah beri royalti kepada waris P.Ramlee

Lagu PRU makan diri Altimet dedah beri royalti kepada waris PRamlee

Lagu PRU ‘makan diri’, Altimet dedah beri royalti kepada waris P.Ramlee. Sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pelbagai lagu berunsur politik menjadi siulan rakyat Malaysia terutamanya di media sosial.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu lagu yang didendangkan penyanyi rap dan juga penulis lirik terkenal, Altimet. Lagu Aduh Malaysia (hoi penyamun) yang digunakan Pakatan Harapan ketika PRU15 tempoh hari masih dijadikan background music dalam beberapa video di media sosial.

Minta Altimet claim royalti

Menerusi satu ciapan yang dibuat oleh pengguna Twitter, ada netizen meminta Altimet mengambil royalti untuk lagu tersebut kerana digunakan parti lain ketika berkempen.

Lagu PRU'makan diri', Altimet dedah beri royalti kepada waris P.Ramlee

Royalti bagi dekat keluarga Tan Sri P. Ramlee

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan balas Altimet di laman Twitternya, dia mendedahkan bahawa royalti untuk lagu tersebut telah dia ‘lepaskan’ kepada waris Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana ada lirik di dalam lagu terbabit menggunakan lagu dendangan beliau.

Ujar penyanyi lagu Bunga itu lagi, lebih ramai yang menggunakan ataupun mendendangkan lagu tersebut, makin banyaklah waris akan peroleh royalti di masa hadapan.

Orang takde input memang suka menganjing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan yang dilakukan Altimet kerana dilihat membantu waris lagenda terulung negara dengan cara yang bijak.

Mereka juga meminta pentaksub-pentaksub politik berhenti memerli ataupun sengaja mencari pasal dengan menjadikan lagu terbabit gurauan ‘menyerang’ Altimet memandangkan dia menjadi pelantun lagu tersebut.

BACA:

Peniaga buah ‘tersalah’ pegang buah dada sepupu isteri kena dakwa

Leona muatnaik gambar ‘lurah dendam’ buat netizen tak senang duduk

Ini 6 hartanah paling mahal di KL, nombor tiga paling tak sangka

CATEGORIES