Lancar perang terhadap YDP Agong, ‘Kerabat Sultan Sulu’ ke tali gantung

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina,

termasuk anak saudara Jamalul Kiram yang mengaku dirinya Sultan Sulu,

kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu, 11 tahun yang lalu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat

sebulat suara menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh kesemua tujuh individu tersebut.

Lancar perang terhadap YDP Agong, 'Kerabat Sultan Sulu' ke tali gantung

“Permohonan kesemua pemohon ditolak dan hukuman mati dikekalkan,” kata Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.

Dalam insiden pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 12 Februari dan 10 April 2013, sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan tersebut.

BACA: Majikan non muslim puas hati dengan perawat islam, kilang bebas gangguan makhluk halus