Langgar lubang hingga patah kaki, malangnya Abdul Rahman bukan menteri

Langgar lubang hingga patah kaki, malangnya Abdul Rahman bukan menteri

Lelaki yang patah kaki ni namanya bukan Khairy Jamaluddin, tapi Abdul Rahman Semail.

Anak muda ini tinggal di rumah kampung di Segamat, bukannya di kawasan elit bertaraf kayangan.

Abdul Rahman bukan menteri, tetapi cuma seorang welder yang berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki motosikal.

Suatu hari pada tahun lepas, dalam perjalanan ke tempat kerja, Abdul Rahman cuba memotong sebuah lori, tetapi apalah malang nasibnya, tayar motosikalnya terlanggar lubang di permukaan jalan membuatkan motosikalnya terhumban dan dia turut terpelanting ke tengah jalan.

Syukurlah tiada kenderaan datang dari arah bertentangan, jika tidak mungkin itulah harinya yang terakhir.

Abdul Rahman tidak memasukkan gambarnya ke Twitter dengan sedikit calar pada muka. Kecederaannya jauh lebih parah — patah tulang paha dan tangan kanan.

Enam bulan berbaring dan kemudiannya bertongkat dan masih belum pulih untuk meneruskan hidup mencari rezeki yang tak mungkin lebih dari elaun dobi seorang menteri.

Dengan pendapatan sekecil itulah dia menyara keluarga, termasuk ibu dan bapa yang sudah hilang kudrat dan daya.

Abdul Rahman ialah orang kampung yang tiada nama dan tiada kuasa.

JKR tidak pernah memohon kemaafan kepadanya apabila terlanggar lubang yang tidak selenggara sehingga merubah nasibnya hidupnya kepada kesusahan yang tidak terbayang oleh kita.

Sumber :