Langkah Akhir Tun M Mampu Selamatkan Kembali Malaysia

Tun, kembali semula ke jalan kita. Jalan yang kita sama-sama rintis dahulu menjelang PRU 14.

Tun, kenallah siapakah sebenarnya yang khianati Tun.

Muhyidin khianati Tun bila dia calonkan dia jadi PM. Padahal dia tahu, Tun nak Apec berlaku ketika Tun memimpin negara.

Bukan setakat dia, Setiausaha Politik Tun pun khianati Tun. Yang sedihnya, pimpinan Bersatu lebih mempercayai dia dari Tun.

Yang cuba pertahan Tun adalah pemimpin PH sebenarnya. Mereka mahu Tun jadi PM paling kurang hingga sidang Apec.

Namun kerana Tun nak tubuh kerajaan perpaduan tanpa mengambil kira pandangan mereka, mereka menolak cadangan Tun itu. Bukan menolak Tun.

Lalu mereka cadangkan Anwar sebagai PM. Dalam masa yang sama mereka cadangkan Mukhriz, anak Tun sebagai TPM manakala Tun sendiri sebagai Menteri Mentor.

Melalui Menteri Mentor, Tun boleh jaga semua pet projek Tun. Putrajaya, Petronas, kereta nasional ke 3 Tun boleh jaga.

Kini negara kucar kacir Tun. Baik Tun selesaikan kegawatan ini. Saham kita jatuh teruk. Nilai mata wang kita jatuh menjunam.

Sampai bila Tun nak bermain lagi.

Bantulah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja menyelesaikan krisis ini. Bawalah para penyokong Tun untuk kekalkan mandat rakyat.

Mari kita lantik orang yang layak untuk jadi PM.

Tak kan Tun nak biarkan Najib yang merompak wang negara terlepas. Takkan Tun nak biarkan Zahid Hamidi terlepas. Takkan Tun nak biarkan Azeez Rahim yang merompak wang Tabung Haji jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Usahlah Tun jadi penghalang lagi. Dengarlah rayuan kami Tun.

Marilah bersama selamatkan negara ini.

Dengarlah rayuan kami ini Tun.

BORHAN AHMAD

Bagi pihak rakyat Malaysia