Asid merupakan cecair yang berbahaya dan mampu mengakis kulit manusia serta haiwan.
Oleh itu, langkah keselamatan perlu diambil ketika berurusan dengan bahan kimia berbahaya ini. T
erdedah kepada asid boleh menyebabkan kulit melecur dan melepuh.
Walaupun demikian, dalam sesetengah keadaan, terkena bahan kimia ini tidak dapat dielakkan,
seperti yang berlaku kepada pemain kebangsaan Malaysia, Faisal Halim, baru-baru ini yang mengalami luka teruk akibat disimbah asid.
Akibat serangan tersebut, Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan di hospital.
Oleh itu, SK hari ini akan berkongsi bagaimana untuk merawat luka lecur akibat bahan kimia ini menerusi perkongsian Hospital UMRA di bawah.
Langkah-langkah merawat luka lecur atau bakar akibat bahan kimia:
Bersihkan bahan kimia yang terdapat pada kulit di bawah aliran air sekurang-kurangnya selama 20 minit.
Pastikan untuk membersihkan bahan kimia berbentuk serbuk seperti kapur terlebih dahulu sebelum mengalirkan air ke kawasan yang terjejas.
Buka barang kemas atau pakaian yang mungkin terdedah atau terkena bahan kimia.
Gunakan tuala basah untuk membantu melegakan kesakitan.
Tutup luka lecur atau bakar dengan pembalut atau kain yang kering, steril, atau bersih.
Jika masih terasa kesan bakar, basuh kulit di bawah air mengalir untuk beberapa minit lagi.
Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin agar tahap luka lecur atau bakar anda dapat dinilai dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.