“Langsir rumah siapa dia rembat tu?”, Penampilan Hawa Rizwana pakai baju sendat padat jadi bahan kutukan netizen

Oleh GEMILANGDAILY

“Langsir rumah siapa dia rembat tu?”, Penampilan Hawa Rizwana pakai baju sendat padat jadi bahan kutukan netizen.

Nama pengacara Hawa Rizwana menjadi topik bualan selepas penampilan yang digayakan mencuri perhatian warga media sosial.

Terbaru, busana yang dipakai oleh Hawa sekali lagi menuai kecaman warganet.

"Langsir rumah siapa dia rembat tu?", Penampilan Hawa Rizwana pakai baju sendat padat jadi bahan kutukan netizen

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hawa dilihat mengenakan dress labuh berona merah jambu.

Pelakon baharu itu tampil ketika mengacarakan program hiburan bersama penyampai radio, Keanu Azman.

Longgarkan sikit

Berdasarkan pemerhatian, rata-ratanya kurang senang dengan busana yang nampak ketat dan tidak manis untuk wanita yang berhijab.

Selain itu, ada juga menyamakan baju Hawa, 28, seperti sarung nangka dan dilabel ‘tangkap muat.

Dalam pada itu, wargamaya memohon kepada pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan untuk lebih berhati-hati ketika memilih pakaian memandangkan dirinya seorang ‘public figure.’

Sebelum ini, Hawa pernah dikritik gara-gara mengenakan seluar hitam kulit ketat yang dipadankan dengan baju-T berwarna gelap beserta jaket.

BACA: 

Hajat wanita ini untuk berkahwin dengan kekasihnya tidak kesampaian apabila identiti sebenar bakal suaminya terbongkar

“Aku cabar dan paksa suami ceraikan aku..rupanya kekasih cuma mahukan tubuh je”, Wanita ini dedah kisah buat dia menyesal tak sudah