Lantik penentang hudud dari MCA jadi timbalan menteri antara pencapaian PN 100 hari

Lantik penentang hudud dari MCA jadi timbalan menteri antara pencapaian PN 100 hari

TAHNIAH PN: PENCAPAIAN 100 HARI MEMERINTAH…. REKOD TERCIPTA

1) Menambah bilangan menteri sehingga 71 orang dan 3 Duta Khas PM bertaraf menteri berbanding kerajaan PH dahulu hanya 50 Menteri dan 1 Duta Khas tidak bertaraf menteri. Kerajaan PN juga melantik MP mengetuai GLC. Semua itu sebagai habuan politik supaya menyokong kerajaan tebuk atap PN di saat pengangguran meningkat 610,500, 42% kehilangan pekerjaan, kejatuhan ekonomi, kejatuhan nilai RM, potongan gaji pekerja dan graduan sukar mendapat pekerjaan.

2) Berjaya menaikkan pemimpin masyarakat Cina dan pemimpin MCA yang pernah ketuai bantahan terhadap Jawi, RUU355 dan hudud menguasai pelabuhan-pelabuhan strategik melalui lantikan Pengerusi Lembaga Pelabuhan yang baru. Antaranya Chong Sin Woon (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang), Tan Teik Cheng (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang) dan Koh Chin Han (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka).

3) Melayu terus terpinggir. Berkuatkuasa pada 1 Jun 2020, khidmat CEO Melayu Muslim Dr. Zainul Fuad telah ditamatkan oleh MCA dan digantikan dengan CEO Cina yang bernama Chester Voo menguasai ruang udara negara apabila dilantik sebagai CEO Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Datuk Seri Michael KC Yam pula dilantik Pengerusi Kwasa Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh KWSP menggantikan Tan Sri Shamsuddin Osman. Begitu juga beberapa GLC lain.

4) MCA dengan bangganya berjaya menaikkan jumlah peruntukan Kolej Swasta Cina TAR sehingga RM58 JUTA. Kolej Swasta tersebut milik MCA dan mengiktiraf UEC, malah biasiswa tanpa had (unlimited UEC scholarships) ditawarkan kepada pelajar-pelajar IEC melalui TAR Merit Scholarships.

5) Penentang dan pemimpin gerakan anti jawi Dr. Mah Hang Soon dinaikkan pangkat sebagai Senator dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan. Selepas dilantik terus menegaskan akan bekerjasama dengan Dong Zong.

6) Menggalakkan pengedaran arak dengan memberi lesen pengedaran arak musim PKP. Apabila rakyat tegur dimaklumkan pengedaran melibatkan stok yg masih ada saja. Pemandu mabuk terus bertambah walaupun PKP masih berkuatkuasa.

7) Melantik penentang hukum hudud Ti Lian Ker Naib Presiden MCA sebagai Timb Menteri Perpaduan. Beliau pernah menegaskan “MCA sentiasa menentang hudud” dan pernah isytihar akan keluar Malaysia jika Hukum Allah dilaksanakan.

8) MCA terus menguasai kerajaan walaupun ada 2 kerusi parlimen sahaja. MCA melalui bendaharinya Chuah Poh Khiang menggesa pembukaan sempadan agar warga China boleh ramai-ramai ke Malaysia. Meskipun Covid-19 belum selesai dan ratusan ribu warganegara China masih berada dalam negara.

9) RUU 355, Solidariti arwah Adib, tutup kilang arak, tutup pusat perjudian, hudud, buy muslim first tidak kedengaran lagi. Bahkan semua pemimpin Melayu PN akur dan tiada apa-apa bantahan apabila Presiden MCA Wee Ka Siong Menteri Pengangkutan menyebut: “Saya tak mahu dengar orang kata PN kerajaan melayu Islam”. Suara pejuang Melayu Islam dalam PAS & UMNO berjaya ditutup dengan lantikan menteri dan GLC.

10) Melantik penyokong tahanan LTTE di kalangan pemimpin MIC menjadi menteri dan kekal sebagai YDP Dewan Negara. Sedangkan semasa PH memerintah, mereka anggap LTTE adalah gerakan penganas.

Sumber:

Berita Penuh:

https://www.thesundaily.my/…/mic-president-meets-released-l…
https://www.facebook.com/308412239857559/posts/559298601435587/
https://www.sinarharian.com.my/…/Kerajaan-digesa-buka-pintu…
https://www.facebook.com/308412239857559/posts/559205194778261/