Laporan dedah Waris Kesultanan Sulu sedang usaha rampas aset Petronas

Laporan dedah Waris Kesultanan Sulu sedang usaha rampas aset Petronas

Laporan dedah Waris Kesultanan Sulu sedang usaha rampas aset Petronas. Peguam yang bertindak bagi waris Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II, difahamkan dalam proses mengemukakan permohonan kepada mahkamah Belanda untuk menyita aset milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas), lapor The Edge.

Artikel yang merujuk kepada laporan sumber itu juga menyatakan aset yang terlibat mungkin bernilai berbilion ringgit.

Laporan itu menyebut, Paul Cohen, peguam bersama utama untuk waris sultan dari firma guaman British 4-5 Gray’s Inn Square, menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengemukakan petisyen eksekuatur kepada Mahkamah Rayuan The Hague, meminta keputusan Timbang Tara bertarikh 28 Februari 2022 diiktiraf di Belanda.

Pihaknya juga akan membuat makluman rasmi kepada Kerajaan Malaysia dalam masa terdekat.

The Edge dalam laporannya menyebut bahawa Petronas dan kerajaan Malaysia sudah sedia maklum mengenai rancangan rampasan aset tersebut.

Laporan dedah Waris Kesultanan Sulu sedang usaha rampas aset Petronas

Waris Kesultanan Sulu pada Julai lalu melakukan tuntutan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada Malaysia dilaporkan telah merampas aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan.

Bagaimanapun kedua-dua anak syarikat Petronas terbabit sudah pun terlebih dahulu melupuskan semua asetnya di Azerbaijan.

“Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat itu, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan berkenaan telah pun dipulangkan (“repatriated”) dengan sewajarnya,” jelas Petronas dalam satu kenyataan pada 12 Julai lalu.

Waris kesultanan Sulu bertindak sedemikian selepas kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan bayaran RM5,300 yang diterima waris Kesultanan Sulu sejak perjanjian 1878 antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu ketika itu) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.

Malaysia meneruskan bayaran berkenaan apabila Sabah membentuk Malaysia pada 1963 bersama Singapura, Sarawak dan Tanah Melayu.

Putrajaya menghentikan bayaran berkenaan selepas pengikut 200 anggota militan yang merupakan Jamalul Kiram III menceroboh Sabah.

BACA:

Polis sahkan usahawan kosmetik diculik ke Thailand berjaya diselamatkan

Video lelaki rempuh masuk rumah culik bekas isteri jadi tular, “gila talak dah dia ni”

Anak Malaysia cipta satelit terkecil dunia, bangga!

CATEGORIES