Laporan MHI dedah rakyat Malaysia berada di tahap bahagia dengan skor tinggi

Laporan MHI dedah rakyat Malaysia berada di tahap bahagia dengan skor tinggi. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin hari ini mengesahkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap Bahagia apabila mencatatkan skor 6.48

Menurut Laporan MHI , Labuan merekodkan skor 9.29 iaitu ‘Sangat Bahagia’, manakala 11 negeri berserta Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan skor pada tahap ‘Bahagia’, dan Melaka serta Selangor pula berada pada tahap Sederhana Bahagia.

“Secara keseluruhannya penduduk Malaysia berada pada tahap bahagia walaupun negara berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi, pada tahun pelaksanaan Survei MHI 2021,” katanya.

Laporan MHI itu dilaksanakan dari September hingga November 2021 melibatkan 42,446 responden dari seluruh negara, dan dibangunkan berdasarkan manual antarabangsa antaranya, World Happiness Report (WHR) dan Human Development Index (HDI).

Kajian yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan penduduk Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual itu dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 – 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01 – 4.00 tidak bahagia; 4.01 – 6.00 sederhana bahagia; 6.01 – 8.00 bahagia dan 8.01 – 10.00 sangat bahagia.

Laporan MHI dedah rakyat Malaysia berada di tahap bahagia dengan skor tinggi free malaysia today shopee malaysia malaysia chronicle motherhood malaysia malaysia malaysia airlines utusan malaysia bursa malaysia malaysia kini lazada malaysia
Gambar sekadar hiasan

Beliau berkata, 13 komponen berada di tahap Bahagia dengan mencatatkan skor antara 6.04 hingga 7.23 seperti keluarga dengan skor 7.23, amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75).

Katanya, skor MHI mengikut strata bandar dan luar bandar di Malaysia berada pada tahap Bahagia iaitu masing-masing pada skor 6.46 dan 6.54.

Dari segi jantina, perempuan mencatatkan skor MHI lebih tinggi iaitu 6.49 berbanding lelaki dengan skor 6.46.

Mohd Uzir berkata, berdasarkan laporan MHI itu, skor antara Warganegara dan Bukan Warganegara tidak jauh berbeza dengan masing-masing mencatat skor 6.49 dan 6.32.

“… maknanya mereka (bukan warganegara) juga dapat menjalani kehidupan seperti rakyat negara kita. Ini satu penemuan menarik yang boleh kita tunjukkan dengan negara-negara lain, bahawa dari segi Indeks Kebahagiaan antara warganegara dan bukan warganegara tiada elemen diskriminasi,” katanya.

Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, Malaysia menduduki tangga ke 79 daripada 146 negara dengan skor 5.384 dalam laporan World Happiness Report 2021.

BACA:

Cara si ayah nyanyi lagu rock pujuk baby menangis buat ramai terpegun, “boleh buat konsert!”

Baby Shima kena tegur selalu buat aksi ‘gedik manja’, “berdarah hidung ni..”

11 anggota PDRM Perak disahkan positif dadah selepas pemeriksaan rambang dibuat