Larangan jualan arak di kedai runcit, serbaneka KL, ‘Beer’ dikecualikan

Larangan jualan arak di kedai runcit, serbaneka KL, ‘Beer’ dikecualikan

Bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan dan masih dibenarkan dijual di kedai runcit serta serbaneka, namun perlu mengikut tempoh waktu ditetapkan.

Sementara penjualan minuman keras di kedai ubat tradisional Cina dibenarkan untuk tujuan perubatan yang disahkan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kedai runcit yang tidak sesuai dilesenkan menjual arak tidak akan diperbaharui Lesen Minuman Keras (LMK) menjelang Oktober 2021.

“Bir masih boleh dijual di kedai sedemikian tapi pada waktu-waktu ditetapkan yang peraturan ini diguna pakai di semua negara.

“Ada garis panduan lama yang dikekalkan termasuk larangan menjual arak di tempat sensitif seperti berhadapan sekolah dan rumah ibadat,” katanya ketika mengulas garis panduan LMK (liquor yang memabukkan) di Wilayah Persekutuan.

Beliau ditemui pada program penyampaian sumbangan kepada komuniti Kuala Lumpur di bawah program Wilayah Cakna 3.0 serta sumbangan kepada Persatuan Penduduk Kuala Lumpur di Menara DBKL 3 hari ini.

DBKL sebelum ini mengeluarkan garis panduan LMK yang menetapkan ‘hard liqour’ (minuman keras yang memabukkan) tidak dibenarkan di jual kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/111281/EDISI/Selangor-KL/Bir-dibenarkan-dijual-di-kedai-runcit-serbaneka

COMMENTS