‘Lebai’ merompak kedai emas undang kecaman netizen

‘Lebai’ merompak kedai emas undang kecaman netizen

Walaupun terdesak ekoran pengecilan sektor ekonomi negara akibat wabak pandemik, ianya bukanlah ‘lampu hijau’ buat orang ramai untuk melakukan aktiviti penjenayah bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Terbaharu tular sebuah rakaman CCTV menunjukkan tiga lelaki telah membuat rompakan di sebuah klinik gigi terletak di Taman Melati Utama, Setapak pada pukul 6.40 petang semalam.

Ketiga-tiga perompak tersebut menaiki sebuah Proton Saga sebelum memberhentikan kereta berhampiran dengan pintu masuk klinik tersebut. Kemudian, salah seorang daripada mereka menuju ke pintu masuk serta berpura-pura bertanya sesuatu kepada staf klinik tersebut bagi ‘membuka laluan’ kepada perompak yang lain.

Setelah kesemua perompak berjaya masuk ke dalam, barulah ‘ketua perompak’ yang memakai topi hitam mengarah staf klinik tersebut masuk ke kaunter untuk menyerahkan barang-barang berharga kepada mereka. Antara barangan yang telah dirompak ialah telefon pintar, wang tunai, gelang, jam tangan milik staf klinik dan komputer riba.

Rakaman video tersebut sudah mula tular dan mengundang kemarahan netizen dengan tindakan lelaki-lelaki tersebut yang tergamak untuk merompak sebuah klinik gigi.

Sumber:https://www.thevocket.com/rompakan-bersenjata-perompak-berkopiah-di-klinik-gigi-undang-kemarahan-netizen/

JANGAN TERLEPAS:Cari duit masa PKP, tawar khidmat seks sejenis RM250