Seorang pencuri berusia 38 tahun itu dipercayai memecah masuk ke rumah berkenaan melalui balkoni.
Dia kemudian dilaporkan melihat sebuah buku dan tertarik dengan isinya.
Ketika kejadian, buku berjudul The Gods at Six O’Clock diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil dalam rumah tersebut.
Pemilik rumah, seorang warga emas berusia 78 tahun, memberitahu bahawa dia terjaga selepas mendengar bunyi bising dan mendapati pencuri itu sedang leka membaca buku tersebut.
Pencuri tersebut kemudiannya melarikan diri melalui tingkap, tetapi berjaya ditahan oleh pihak berkuasa tidak lama kemudian.
Semasa dalam tahanan polis, pencuri tersebut mendakwa dia memecah masuk ke rumah itu untuk mencari seseorang yang dikenalinya.
Namun, pemeriksaan lanjut terhadap beg galas yang dirampas menemui beberapa barang yang dipercayai dicuri daripada rumah-rumah lain.
Kejadian ini menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian penulis buku tersebut, Giovanni Nucci.
Menurut Giovanni, The Gods at Six O’Clock adalah sebuah buku yang membincangkan tentang Iliad karya Homer.
Dia menyatakan minat untuk menghantar salinan buku tersebut kepada pencuri berkenaan supaya dia dapat menyelesaikan bacaannya semasa menjalani hukuman nanti.
BACA: ‘Saya berjaya tangkap orang yang nak tangkap saya’ Sanusi akui dah kahwin dua?