Lelaki balik bawa bini baru selepas jual buah pinggang isteri. Polis Malkangiri dilaporkan telah berjaya menahan seorang lelaki kerana didakwa menjual buah pinggang isterinya tanpa pengetahuannya.
Menurut New Indian Express, merupakan seorang penduduk di kampung Kotameta. Lelaki tersebut telah berkahwin dengan isterinya selama 12 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Tidak lama selepas berkahwin, suami dan kakak iparnya didakwa mula menganggu wanita itu kerana hantaran kahwin.
Pada empat tahun lalu, wanita itu mendakwa bahawa suaminya telah mendesak untuk menjual salah satu buah pinggangnya.
Wanita itu telah membuat laporan kepada polis Malkangiri pada 24 Ogos lalu dan menyatakan bahawa pada 2018, suaminya telah memasukkannya ke sebuah hospital swasta di Bhubaneswar dengan alasan untuk mengeluarkan batu karangnya.
Semuanya terbongkar selepas dia mendapat tahu tentang satu daripada buah pinggangnya telah tiada selepas pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan mengalami sakit perut.
Dia mendakwa buah pinggangnya itu telah dijual kepada seorang lelaki yang berusia 38 di daerah Malkanigiri pada tahun yang sama dia dimasukkan ke hospital pada hari tersebut empat tahun yang lalu.
Wanita itu juga mendakwa bahawa tertuduh telah berlepas ke Andhra Pradesh lapan bulan lalu dan pulang semula ke rumah pada 27 Ogos bersama isteri kedua.
Kemudian tertuduh pergi ke Bengaluru. Susulan aduannya, siasatan menyeluruh telah dilancarkan ke atas perkara itu dan satu pasukan dihantar ke Bengaluru untuk menangkap tertuduh.
BACA:
Nad Zainal ‘belanja’ pakai baju gym, akui bukan nak tunjuk alim
Kagum tengok koleksi kereta Ratu Elizabeth II dari 1950an hingga 2022
Dakwaan guna kabel ayah dapat jadi askar, ini jawapan Dafi