Orang ramai diminta supaya tidak membuat spekulasi mengenai penularan video yang menunjukkan
seorang lelaki warga Bangladesh memakai kemeja-T yang dikaitkan dengan polis.
Kemeja-T yang dipakai oleh lelaki tersebut tertera perkataan ‘IPD Barat Daya’ dan ‘Polis Diraja Malaysia’.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, menegaskan bahawa kemeja-T tersebut tidak boleh
dikaitkan dengan tugas rasmi polis di daerah Barat Daya. Ini kerana kemeja-T itu dikeluarkan pada tahun 2016 dan sepatutnya digunakan untuk aktiviti sosial seperti bersenam dan gotong-royong.
“Polis telah menemui rakaman berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @muhammad.firdaus25 petang semalam berkenaan isu ini.
Kami ingin menjelaskan bahawa video tersebut menunjukkan warga asing yang mengenakan kemeja-T itu, tetapi ia tidak ada kena-mengena dengan tugas rasmi polis di Barat Daya,” jelasnya.
Susulan insiden tersebut, Kamarul meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai isu ini.
“Kami sudah mengambil maklum mengenai perkara ini selepas rakaman tersebut tular,” tambahnya.
BACA: Leka baca buku, pencuri terlupa tengah pecah masuk rumah orang