Tony O’Brien, yang telah menetap di bahagian barat Sydney selama 12 tahun, terkejut apabila mendapati salah satu tin cat yang dibelinya dalam lelongan estet tidak dapat digunakan.
Dia membeli dua tin cat rumah bersaiz 3.8 liter dengan harga RM34.
Namun, sebaik tiba di rumah dan membuka salah satu tin, dia mendapati cat tersebut sudah berair dan tidak elok lagi.
“Salah satu tin cat tersebut sudah berair dan tidak boleh digunakan,” katanya kepada A Current Affair.
Dia kemudian memutuskan untuk membuka tin cat yang kedua, tetapi semakin berang apabila mendapati tin tersebut berisi pasir.
Pada mulanya, Tony memutuskan untuk membuang pasir tersebut, tetapi kemudiannya berfikir untuk menyimpannya bagi tujuan menurap tanah di kediamannya.
Selepas pulang dari bekerja pada suatu hari, Tony memutuskan untuk menggunakan pasir dalam tin tersebut untuk kerja menurap. Namun, dia mendapati pasir itu agak basah dan sukar dikeluarkan. Ketika memasukkan tangannya ke dalam pasir, dia terkejut apabila menemui sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang tunai yang sangat banyak!
Terdapat sekitar 5,000 ikat wang kertas Australia lama di dalam beg tersebut. Tony terpaksa meletakkan semua wang kertas itu di atas permaidani dan cadarnya untuk mengeringkannya.
Dua hari kemudian, Tony membungkus semua wang tersebut dan membawanya ke bank. Selepas menukar wang lama tersebut, Tony mendapati dia telah memperoleh lebih RM152,000. Dengan wang tersebut, Tony mampu membeli sebuah peti ais, dapur gas, dan sebuah kereta lama jenis Holden Commodore.
Kini, hidup Tony telah berubah menjadi lebih baik. Tin cat yang membawa tuah itu diletakkan sebagai perhiasan di ruang pameran rumahnya.
Tony juga menjelaskan bahawa semasa lelongan tersebut, hanya empat tin cat yang dilelong dan dia hanya mampu membeli dua tin. Bayangkan jika dia membeli kesemua tin cat tersebut.
BACA: