Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang bapa yang hilang sabar
selepas anaknya diejek sebagai ‘anjing’ oleh seorang pelajar lain.
Lelaki itu tidak membiarkan kejadian tersebut berlalu begitu sahaja.
Dia meminta pelaku untuk bersujud dan meminta maaf, malah lebih mengejutkan,
Dia menyuruh pelaku menggonggong seperti seekor anjing sebagai tanda penyesalan.
Walaupun orang ramai cuba menghalang, kemarahan lelaki tersebut tetap tidak dapat dikawal. Pengawal keselamatan sekolah juga kelihatan tidak berani untuk campur tangan dalam situasi itu.
Keadaan itu berlaku kerana lelaki tersebut membawa bersama ‘geng’ dan pengawal peribadi semasa kejadian kekecohan di luar kawasan sekolah anaknya.
Menurut maklumat yang diterima, kejadian ejek-mengejek antara anak lelaki tersebut dan pelaku berlaku selepas salah seorang daripada mereka kalah dalam pertandingan bola keranjang.
Mangsa ejekan itu kemudian mengadu kepada bapanya, dan si bapa hadir ke sekolah keesokan harinya untuk bersemuka dengan pelajar yang telah mengejek anaknya.
BACA: Tak mampu bayar bulanan punca kereta Batman bernilai RM1.3 juta dilelong, “Batman pun sesak der”