Lelaki berang ‘tukang cina buta’ enggan cerai bekas isteri, rancang heret ke mahkamah

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang individu berkongsi pengalaman pahit apabila niatnya membantu sahabat untuk rujuk semula

Dengan bekas suaminya selepas bercerai talak tiga membawa masalah kepada dirinya sendiri.

Menurut individu tersebut, bekas suami kepada sahabatnya kini mengugut untuk mengambil tindakan saman

Kerana rancangan untuk rujuk semula tidak berjaya seperti yang dirancang.

Kisah bermula apabila individu ini, yang enggan mendedahkan identitinya, diminta mencari seorang lelaki untuk menjadi ‘cina buta’ atau ‘pak sanggup’

Lelaki berang 'tukang cina buta' enggan cerai bekas isteri, rancang heret ke mahkamah

supaya sahabatnya yang diceraikan dengan talak tiga boleh rujuk semula dengan bekas suaminya.

“Sahabat baik saya berusia 35 tahun diceraikan suaminya dengan talak tiga selepas lima tahun berkahwin.

“Bekas suaminya panas baran, tapi tak pernah pukul atau mendera secara fizikal. Cuma dera emosi dengan marah-marah dan maki hamun.

“Selepas bercerai, mereka ingin rujuk semula tetapi tak boleh kerana sudah talak tiga. Mereka minta saya cari seorang lelaki untuk jadi cina buta,” jelasnya.

Atas permintaan tersebut, individu ini memperkenalkan sahabatnya kepada sepupunya, seorang lelaki bujang berusia 45 tahun yang mempunyai perniagaan sendiri.

Namun, masalah timbul selepas dua minggu perkahwinan apabila sepupu tersebut enggan menceraikan sahabatnya.

“Sepupu saya setuju untuk membantu dan mereka berkahwin. Tetapi kini, dia tidak mahu menceraikan sahabat saya kerana katanya itu jodoh. Dia sudah sayang dan ingin terus bersama.

“Sahabat saya pun sama, tak nak bercerai. Mereka bahagia dan kini sudah berpindah ke Johor,” katanya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila bekas suami sahabatnya mengugut untuk menyaman individu ini atas alasan melanggar perjanjian.

“Bekas suaminya cari saya dan ugut untuk saman kerana katanya saya melanggar perjanjian.

“Saya bimbang dan takut, mana saya ada duit nak bayar saman. Tolong beri nasihat,” luahnya.

Perkongsian ini menarik perhatian ramai netizen selepas dimuat naik di grup Facebook Tanya Peguam, dengan rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang dialaminya.

Seorang peguam, Nizam Amin, turut memberikan pandangannya mengenai situasi ini.

“Hukum cina buta adalah haram menurut jumhur ulama jika disertakan syarat cerai. Jadi, apa-apa perjanjian yang berasaskan perkara haram tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

“Kalau dapat saman, lantik peguam. Saya tak rasa bekas suami itu ada duit atau sanggup tanggung kos untuk saman-menyaman.

“Lebih baik dia cari pasangan baharu dan ‘move on’, seperti kata orang zaman sekarang,” jelas Nizam.

BACA: Usaha 5 tahun tak khianati hasil, akhirnya produk Khairul Aming dapat sijil Halal