Lelaki berpangkat Datuk didakwa ‘sakau’ duit pakej umrah RM1.5 juta.
SEORANG lelaki didakwa menyeleweng sekitar $470,000 dari sekurang-kurangnya 218 individu yang telah berdaftar bagi pakej untuk melakukan umrah.
Suwandi Marchuke, 55 tahun, ingin dibicarakan ke atas beberapa tuduhan, termasuk satu tuduhan pecah amanah jenayah dan lima tuduhan membantu sebuah syarikat bernama Bil Hikmah Consultants
untuk meneruskan perniagaan sebagai ejen pelancongan meskipun ia tidak mempunyai lesen untuk melakukan demikian, lapor The Straits Times.
Suwandi, yang juga dikenali sebagai Andy Martiin dan juga Datuk Andy Martiin, diisytihar muflis pada 22 Ogos 2013.
Dia dipercayai menyandang jawatan sebagai pengurus tunggal Bil Hikmah, yang didaftar di sini sejak 13 Februari 2014.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik Ryan Lim dan Encik Joshua Phang berkata rakan niaga firma itu ialah Cik Siti Rohani Kusno, yang diberi pekerjaan itu Suandi dalam satu lagi perniagaan rangka pembinaan berasingan dan abang iparnya, Encik Sulaiman Hussain.
Para DPP memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua individu itu merupakan rakan niaga perniagaan itu dari segi pendaftaran nama mereka sahaja dan tidak memainkan sebarang peranan dalam pengurusan Bil Hikmah.
Mereka menambah: “Pada suatu ketika sebelum atau pada September 2014, si tertuduh, menerusi Bil Hikmah, mula menawarkan pakej umrah dipanggil (Pakej Umrah Mampu Pergi) Pump 2015.
“Pakej itu menawarkan penerbangan dan penginapan, dan ia bakal berlangsung antara 12 dengan 22 Disember 2015. Selain menawarkan Pump 2015, Bil Hikmah tidak menawarkan pakej pelancongan lain dan tidak mengendali aktiviti lain.”
Harga setiap orang bagi pakej itu adalah $1,998, dengan adanya bayaran tambahan bagi khidmat tambahan. Terdapat juga tambang pendaftaran berjumlah $150.
Para DPP berkata sekurang-kurangnya 218 individu yang telah bedaftar bagi pakej Pump 2015 itu dengan Bil Hikmah, sambil menambah pada sekitar September 2014 hingga November 2015, mereka telah membuat pembayaran berjumlah sekitar $470,000 kepada syarikat itu secara kolektif.
Menurut dokumen mahkamah, harga pakej umrah Pump 2015 jauh lebih murah berbanding pakej ditawar syarikat lain.
Para DPP memberitahu Hakim Daerah Encik Shaiffudin Saruwan: “Pada 7 November 2015, si tertuduh mengumumkan dalam satu mesyuarat bersama pelanggan bahawa Pump 2015 tidak akan diteruskan pada tarikh yang dijadual, atas sebab isu berkait tempahan hotel.
“Beberapa laporan polis kemudian difail terhadap si tertuduh dan Bil Hikmah.”
Suwandi didakwa menyeleweng wang yang dibayar kepada syarikat itu dan dipercayai menggunakan wang itu untuk membuat pelaburan.
Suwandi, yang dibela peguam Encik Rajwin Singh Sandhu dari Rajwin & Yong, kemudian ditangkap pada 9 November 2015.
Perbicaraannya akan diteruskan pada Selasa.
BACa:
Rupanya ramai tak perasan, whatsapp dah ada fungsi baru yang ramai tak sedar