Lelaki berputih mata SUV Lexus miliknya hilang dilarikan pusat servis, baru pakai 6 bulan

Lelaki berputih mata SUV Lexus miliknya hilang dilarikan pusat servis baru pakai 6 bulan

Lelaki berputih mata SUV Lexus miliknya hilang dilarikan pusat servis, baru pakai 6 bulan. Seorang pelanggan berputih mata selepas kereta yang dihantar ke sebuah pusat servis kenderaan di Ayer Keroh di sini hilang semasa menjalani penyelenggaraan berjadual.

Tay Han Sin, 49, berkata, sebelum kejadian, dia menghantar kenderaan jenis model Lexus RX300 F Sport untuk diselenggara kali kedua di pusat servis berkenaan. Bagaimanapun, beberapa jam kemudian dia dimaklumkan bahawa kenderaan miliknya telah dibawa keluar oleh individu lain setelah selesai diselenggara.

“Apabila saya membuat semakan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mengambil kunci kenderaan saya.

“Saya kecewa kenderaan itu hilang ketika mendapatkan perkhidmatan di premis berkenaan, namun syarikat itu membantu sedikit sahaja,” katanya ketika sidang akhbar berkenaan kehilangan kenderaan selepas pertemuan Pengerusi Pusat Pengaduan Awam MCA Melaka, Dennis Lee Han Lim bersama wakil pusat servis itu di Ayer Keroh pada Isnin.

Memetik Sinar Harian, Han Sin yang baru enam bulan menggunakan SUV itu kini dibebani dengan ansuran lebih RM2,000 sebulan sedangkan kereta itu masih belum dijumpai.

Lelaki berputih mata SUV Lexus miliknya hilang dilarikan pusat servis baru pakai 6 bulan

Sementara itu, Dennis Lee berkata, masalah tersebut dipanjangkan kepadanya setelah mangsa menunggu selama sebulan, namun belum ada sebarang perkembangan positif mengenai kehilangan kenderaan itu.

Katanya, pihak terbabit memberitahu proses untuk menyelesaikan isu berkenaan akan mengambil sedikit masa.

“Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan dan membabitkan pelbagai pihak termasuk polis. Syarikat terbabit dan insurans juga telah mengetahui perkara ini dan akan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diterima termasuk siasatan pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pusat servis kenderaan perlu meningkatkan ciri keselamatan di premis masing-masing terutamanya melibatkan harta milik pelanggan.

BACA:

Lelaki dari British ini tak bagi makan nasi guna tangan, ini sebabnya

Bicara gangguan seksual: Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom

Erni Zakri dedah perangai anaknya, “semua benda nak gigit”

CATEGORIES