Lelaki ‘bertelekung’ curi handphone jemaah dalam surau perempuan. Seorang pengguna Twitter, memuat naik beberapa keping gambar seorang lelaki yang dipercayai mencuri telefon bimbit milik ibunya sewaktu menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Seksyen 18, Shah Alam pada 20 Disember lalu.
Menyamar jadi jemaah, pakai telekung
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid tersebut, kelihatan lelaki berkenaan memakai telekung dan berada di belakang bahagian tempat solat wanita sebelum bertindak mencuri barang-barang berharga milik jemaah.
Lebih mengejutkan, dia dengan selamba ‘memunggah’ beg milik jemaah-jemaah wanita sewaktu mereka sedang sujud solat Subuh dan berhenti seketika untuk mengelak diri daripada ‘kantoi’ semasa mereka sedang duduk antara dua sujud.
Menurut pemilik akaun Twitter itu, tujuan dia memuat naik gambar suspek tersebut supaya orang ramai di sekitar kawasan Seksyen 18, Shah Alam, dapat mengenal pasti suspek untuk memulangkan semula barang milik ibunya.
Ramai risau, rasa tidak selamat
Perkongsian lelaki itu telah mendapat perhatian netizen terutamanya di sekitar Shah Alam kerana dikatakan insiden sebegitu bukanlah pertama kali berlaku malah kerap terjadi sejak kebelakangan ini.
Benda yang sama jadi dekat ibu saya malam tadi, masa tengah solat Isyak di masjid. Rasanya macam orang sama ni.
Disebabkan itu juga, ramai yang meluahkan rasa kerisauan mereka selepas melihat beberapa kejadian sama berlaku sehingga merasakan diri mereka tidak lagi selamat untuk berada di tempat awam.
BACA:
‘Ramai mahu jadi isteri kedua saya’ – Ustaz Abdul Somad
ASNB umum dividen ASB 4.6 sen, ada bonus 0.5 sen
Messi tergilicir atas bumbung bas ketika rai kemenangan, sikit lagi nak cacat