Lelaki buktikan raih jualan RM 100k dengan hanya jual teh atas basikal ditengah KL

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Untuk meraih pendapatan setinggi RM100,000, ramai yang mungkin beranggapan bahawa

seseorang perlu menjawat jawatan tinggi di syarikat berprestij atau memiliki perniagaan besar.

Namun, realitinya, dengan menjalankan perniagaan jalanan sahaja, seseorang sudah mampu menjana pendapatan sebegitu, walaupun tidak berpakaian formal.

Kavienan Subramaniam, seorang graduan kejuruteraan mekanikal, telah membuktikan bahawa menjual teh masala secara berbasikal di sekitar ibu kota

mampu memberikan pulangan yang lumayan. Dikenali dengan nama mesra Kavi,

Lelaki buktikan raih jualan RM 100k dengan hanya jual teh atas basikal ditengah KL

beliau memulakan perniagaan ini dengan niat mencari pendapatan sampingan sementara menunggu panggilan kerja.

Dalam satu temubual, Kavi berkongsi bahawa perniagaannya, yang dikenali sebagai Tea Thambi, kini sudah mempunyai dua kafe dan lima gerai di sekitar Kuala Lumpur.

Perniagaan yang semakin berkembang ini memerlukan 17 pekerja dan sebuah dapur pusat di Segambut.

“Dulu, saya hanya mampu menjual kurang daripada 100 cawan sehari, tetapi sekarang kami menjual antara 2,000 hingga 3,000 cawan setiap hari,” katanya.

Teh masala Tea Thambi, yang terkenal dengan rasa autentiknya, dijual pada harga serendah RM1 hingga RM4, menjadikannya mampu dibeli oleh semua orang. Kavi memerlukan setahun untuk menyempurnakan resepi teh masala yang popular ini, berterima kasih kepada ibunya yang mengajarnya resipi tersebut.

Beliau juga mengambil maklum balas daripada pelanggannya untuk memastikan kesempurnaan rasa teh masalanya. “Ada pelanggan yang memberi komen, jadi saya melakukan banyak eksperimen,” katanya.

Teh masala ini diperbuat daripada daun teh berkualiti tinggi dan bahan semula jadi yang diperoleh daripada pembekal yang dipercayai. Selain teh masala, kafe dan gerai Tea Thambi juga menawarkan pelbagai aneka lain seperti kopi, teh halia, roti bakar, dan kuih muih termasuk vadai dan karipap.

Apabila ditanya mengenai momen yang meyakinkannya bahawa perniagaan teh masala ini boleh berkembang, Kavi berkata ia bermula apabila ramai pelanggan meminta teh tetapi malas untuk berjalan. “Jika kami yang pergi kepada mereka, mereka pasti akan membeli,” ujarnya.

Kavi memulakan perniagaan teh masala sekitar Julai 2020, ketika COVID-19, dengan modal awal RM500 yang digunakan untuk membeli tong minuman, stok teh, susu, dan cawan, serta sedikit pengubahsuaian pada basikalnya.

Perniagaannya berkembang secara perlahan-lahan, membolehkannya membuka gerai baru dan mengambil pekerja hampir setahun kemudian. Kini, Kavi menganggarkan bahawa perniagaan Tea Thambi memperoleh pendapatan hampir RM100,000 sebulan.

Pendapatan ini datang daripada jualan di dua kafenya di Jalan Tun Perak dan Masjid Jamek serta lima gerai di Brickfields, Lebuh Ampang, dan Bukit Bintang. Kavi juga berbasikal sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumahnya di Bandar Tun Razak, Cheras untuk berjualan di tengah-tengah ibu kota yang lebih mudah diakses oleh orang ramai.

Selain itu, Tea Thambi juga menerima tempahan untuk penyediaan teh dan makanan, termasuk di luar Lembah Klang.

Melihat ke hadapan, Kavi menyatakan bahawa dia kini menerima banyak permintaan untuk membuka francais di luar Lembah Klang, tetapi perlu mengumpul lebih banyak pengalaman dalam menguruskan perniagaan sebelum melangkah ke tahap seterusnya.

BACA: