Lelaki dedah lubuk nak layan movie, live bola tanpa tersekat – ‘Ni legal!’

Lelaki dedah lubuk nak layan movie, live bola tanpa tersekat – ‘Ni legal!’ Zaman sekarang sudah ada pelbagai cara untuk kita strim movie atau tonton apa-apa siaran langsung, tambahan pula mediumnya lagi canggih kan? Boleh tonton dengan mudah di mana-mana saja. Tapi jangan tak tahu, ada antaranya yang illegal. Kalau dah namanya ‘tak sah di sisi undang-undang’, sudah tentulah banyak masalah yang datang.

Contohnya kalau korang tengok bola EPL melalui mana-mana penstriman ‘haram’, mesti time tengah syok tengok player kesukaan nak rembat gol, tiba-tiba ‘stuck’. Tak pun keluar pop up ads bersepah, suruh daftar atau lebih teruk, siaran tu hilang terus. Potong stim betul! Itu belum kira risiko virus lagi. Macam-macamlah.

Tapi jangan tak tahu, sebenarnya ada je platform sah yang sediakan movie-movie terkini untuk korang layan. Paling best untuk kaki bola macam korang ni, nak layan live sukan pun boleh. Yang penting takda kena sekat, live hilang, iklan, strim tersekat-sekat dan sewaktu dengannya. Bebas!

Lelaki dedah lubuk nak layan movie, live bola tanpa tersekat - 'Ni legal!'

Pasti semua orang nak tahu kan apakah ‘lubuk’ sebenar nak layan movie terkini dan siaran langsung bola sepak tanpa tersekat-sekat tu? Sebenarnya korang boleh layan semua benda tu TANPA SEBARANG GANGGUAN di ASTRO.

Kenapa min cakap macam tu? Sebab sekarang Astro dah perkenalkan aplikasi iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT dan BBC Player di Ulti Box!

Untuk makluman korang, aplikasi-aplikasi ni sebenarnya dah pun diperkenalkan dalam Astro Ultra Box (dengan keupayaan 4K UHD!) sebelum ini dan kini, ia dah ada dalam Astro Ulti Box juga dengan keupayaan HD!

Bila adanya Ultra/Ulti Box ni, korang kini dah boleh layan semua acara sukan antarabangsa secara langsung, selain hiburan-hiburan Asia kegemaran termasuklah filem, drama, anime dan lain-lain.

Lelaki dedah lubuk nak layan movie, live bola tanpa tersekat - 'Ni legal!'

Min bongkar sikit sini. Antara movie atau drama yang tengah hangat sekarang ialah Sorry Naik Lori yang popular dan drama Cina New Life Begins di iQIYI; A Perfect Man di TVBAnywhere+; kandungan sukan seperti Ligue 1, La Liga dan Tenis Terbuka Australia di beIN SPORTS CONNECT dan kandungan British macam Strictly Come Dancing di BBC Player.

Hah banyak min dah dedah ni nak bagi korang ‘impressed’ dan ‘gagal menahan diri’ daripada rasa teruja dengan Ultra/Ulti Box. Jangan ‘tertinggal bas’ pulak!

Macam mana nak akses empat aplikasi ni?

Lelaki dedah lubuk nak layan movie, live bola tanpa tersekat - 'Ni legal!'

beIN SPORTS CONNECT – Pek yang ada ialah Pek Sports, Sports Plus, Premium 1, Premium 2 atau Platinum

TVBAnywhere+ – Korang boleh pilih Chinese Favourites melalui Pek Entertainment, Entertainment Plus, Premium 2, Premium 3 atau Platinum

BBC Player – Korang boleh pilih pek pelbagai, berita dan dokumentari di Entertainment, Entertainment Plus, Premium 2, Premium 3 atau Platinum

iQIYI – Korang boleh buat langganan ala carte hanya RM8.90 sebulan (eksklusif kepada pelanggan Astro) atau langganan VIP Premium untuk RM12.90 sebulan.

Paparan Antara Muka Pengguna (User Interface) yang diubah suai

Untuk pengetahuan korang keseluruhan paparan antara muka pengguna pada Astro Box dan Astro GO kini dah dipermudahkan dengan penampilan lebih ‘style’ seiring dengan gaya masa kini. Poster iklan dah makin cantik, akses ke francais filem popular dan program live dari laman utama pun lagi mudah.

Tak cukup dengan tu, kursor pun dah baharu. Kalau tak faham nak buat apa, korang juga boleh akses ke Panduan TV dengan lebih pantas. Nak tengok semua sekali gus? Klik je ‘Lihat Semua’ kat baris tajuk untuk korang tengok semua kandungan yang ada. Pendek kata semuanya dah ‘up-to-date’ sekarang.

Floating player Picture-in-Picture – Lagi best, sekarang korang dah boleh terus tonton rancangan kegemaran dalam floating player yang lebih kecil walaupun waktu tu tengah guna aplikasi lain. Sambil layan bola, boleh juga balas WhatsApp. Nanti takdelah wife korang merajuk dia hantar mesej tapi korang tak balas-balas. Kang tak memasal tidur luar pulak. Ah sudah.

Mod Interaktif – Selain tu, mod ini juga akan dilancarkan secara automatik untuk Liga Perdana (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL) supaya korang boleh akses sorotan informasi terkini segera, statistik perlawanan, statistik pemain dan jadual perlawanan akan datang tanpa perlu memulakannya secara manual.

Akses bar – Satu lagi yang korang kena tahu, kini dah ada bar menu bawah baharu dalam aplikasi untuk korang akses beribu-ribu kandungan dengan lebih pantas! Malah paparan baris tajuk yang ditampilkan macam ‘Acara Langsung’ jauh lebih bergaya!

BACA JUGA : 

Netizen perasan sesuatu dengan gaya Datuk K sekarang, “lain macam betul”

KPM serah pada sekolah nak wajibkan atau tidak pakai tali leher

Catat sejarah, ini gadis transgender pertama kena hukuman mati