Lelaki dipercayai terjun dari tingkat 15 pangsapuri

Lelaki dipercayai terjun dari tingkat 15 pangsapuri.Seorang pemandu lori yang disahkan positif Covid-19 ditemui maut, sebulan selepas isterinya meninggal dunia akibat virus sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai terjun dari tingkat 15 pangsapuri Pandan Ria Ampang, Selangor pagi tadi.

Katanya, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam kira-kira 8.25 pagi tadi.

“Si mati tinggal di tingkat lima blok berkenaan. Si mati telah tinggal lebih kurang 30 tahun di kediaman berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, anak tunggal lelaki itu yang berumur 15 tahun memaklumkan ibunya meninggal dunia awal bulan lalu akibat Covid-19.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak ditemui sebarang unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Farouk berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia dan ujian saringan Covid-19 mendapati beliau positif Covid-19.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/01/lelaki-terjatuh-dari-tingkat-15-sebulan-selepas-isteri-meninggal-akibat-covid-19/

Jika Anda Terlepas: Pegawai polis bakal disaman oleh artis wanita

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)