Lelaki ini bina sekolah untuk 50 orang anaknya

Lelaki ini bina sekolah untuk 50 orang anaknya

Lelaki ini bina sekolah untuk 50 orang anaknya. Seorang lelaki di Kenya yang memiliki lapan isteri dan lebih 50 orang anak bakal membina sebuah sekolah untuk anak-anak yang akan ditempatkan berdekatan dengan rumahnya, lapor laman berita Legit semalam.

Lelaki dikenali sebagai Kadel itu berkata, tujuan dia berbuat demikian adalah kerana jarak dari rumah ke sekolah amat jauh.

Lelaki itu turut menyalahkan kos tinggi untuk untuk anak-anak memasuki sekolah sebagai alasan lain untuk dia membina kemudahan tersebut.

Lelaki ini bina sekolah untuk 50 orang anaknya

Menurut laporan saluran YouTube Afrimax English, Kadel juga akan mengupah sendiri guru-guru untuk mengajar anak-anaknya.

Lelaki yang hidup bahagia bersama lapan isterinya itu juga tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin lain. Setiap isteri yang baru dikahwini juga mempunyai tugas untuk mencari isteri seterusnya buat Kadel.

Kisah mengenai Kadel mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai memberikan pelbagai komen.

“Mengapa isteri-isterinya kelihatan sedih namun dia (Kadel) kelihatan amat gembira,” kata seorang netizen.

“Kemiskinan akan membuatkan seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja. Jika dia benar-benar kaya, mengapa anak-anaknya memakai pakaian koyak?” ujar pengguna lain.

BACA JUGA :

Kampung Jawa bakal ditutup selepas 100 tahun beroperasi

Muhyiddin bakal didakwa atas tuduhan rasuah RM92.5 Billion?

Ini tiga sungai di Selangor jadi hotspot lemas sebab kepala air

CATEGORIES