Lelaki ini dedah NASA tahu kewujudan pengkalan makhluk asing di Marikh

Lelaki ini dedah NASA tahu kewujudan pengkalan makhluk asing di Marikh

Lelaki ini dedah NASA tahu kewujudan pengkalan makhluk asing di Marikh. Seorang peminat kajian mengenai makhluk asing mendakwa bahawa dia mengesan sebuah pangkalan makhluk asing sepanjang 25 kilometer (km) di permukaan Planet Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Scott C. Waring yang menggelar dirinya sebagai pakar makhluk asing berkata, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) cuba menyembunyikan penemuan itu daripada orang ramai.

Dia menerusi akaun Twitter miliknya berkata, terdapat beberapa imej berwarna kelabu yang menonjolkan sebuah objek berbentuk segi empat tepat di permukaan Planet Merah.

Lelaki ini dedah NASA tahu kewujudan pengkalan makhluk asing di Marikh

“Saya menemui pangkalan sepanjang 25 km ini di Marikh yang terletak pada bahagian kanan Sulci Gordii.

“NASA tidak mahu perkara itu diketahui ramai,” katanya.

Menurut Waring, pangkalan itu terletak berhampiran Sulci Gordii yang merupakan alur subparallel dan rabung batuan di Planet Marikh. Ia memberikan penjelasan munasabah bagi bentuk yang dikesan itu.

Lelaki itu sudah berulang kali mendakwa mengesan pelbagai fenomena atau objek luar biasa di angkasa lepas termasuk ukiran wajah makhluk asing pada batuan di permukaan Marikh.

Baca Juga : Setahun dilapor menghilang di Lautan Atlantik, kapal selam ini tiba-tiba muncul
Lelaki pulih dari lumpuh, bisu setelah disuntik vaksin Covid-19

CATEGORIES