Lelaki ini dihukum penjara selama 1,310 tahun, lamanya?! Rupanya ini kesalahan dia.
Seorang lelaki dari kumpulan samseng di El Salvador dijatuhi hukuman 1,310 tahun penjara kerana terbabit dalam puluhan pembunuhan dan beberapa jenayah lain.
Wilmer Segovia disabitkan dengan 33 pembunuhan, sembilan komplot melakukan pembunuhan dan beberapa jenayah lain.
Dia juga dituduh menjadi anggota sel Shulton dari kumpulan Mara Salvatrucha (MS-13) yang beroperasi di El Salvador.
Sementara itu, peguam negara Salvador, Rodolfo Delgado berkata, rakan sel lelaki itu Miguel Ángel Portillo dipenjarakan selama 945 tahun.
Portillo disabitkan dengan 22 pembunuhan, empat rancangan melakukan pembunuhan, percubaan pembunuhan dan memeras ugut.
Delgado berkata, ahli kumpulan itu yang menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk Salvador, tidak akan dibebaskan.
“Mereka akan terus dikurung sehingga ‘membayar’ setiap jenayah dilakukan. Kami akan uruskan itu,” katanya.
Geng MS-13 begitu digeruni pada 2015 sehingga dibiarkan menjalani hukuman penjara dengan pengawal hanya meronda di luar.
Tatu ahli kumpulan itu menceritakan kisah jenayah yang mereka lakukan dan orang tersayang yang hilang semasa mereka dalam kumpulan itu.
Difahamkan, kira-kira 2,500 ahli dikurung di El Salvador.
Beberapa minggu sebelum itu, pengumuman ribuan ahli kumpulan akan dipindahkan ke ‘penjara mega’ baharu di El Salvador, dibuat.
Kira-kira 2,000 ahli kumpulan dipindahkan ke kemudahan 40,000 kapasiti, yang kini dianggap terbesar di Amerika.
Video yang disiarkan Presiden Nayib Bukele menunjukkan banduan yang berseluar pendek putih kepalanya dicukur, dan dilihat berlari melalui penjara baharu ke dalam sel penjara.
Pada Mac tahun lalu, Kerajaan Salvador mengisytiharkan darurat untuk memerangi operasi kumpulan samseng di negara Amerika Tengah itu.
Ini menyebabkan hukuman lebih berat dijatuhkan kepada ahli kumpulan yang disabitkan kesalahan dan mendapat kritikan daripada organisasi hak asasi manusia.
Sejak keadaan darurat diperkenalkan, pihak berkuasa dilaporkan menahan lebih 64,000 orang yang disyaki menjadi ahli kumpulan samseng.
BACA:
Sebenarnya nenek moyang orang Korea berasal dari Tanah Melayu, betul ke? Ini jawapannya
Kalau dikenang memori zaman sekolah, ini kenangan mengusik jiwa yang budak asrama je faham