Lelaki ini kirakan kos buat kek tapak kuda, patutlah ada yang jual mahal

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Kek tapak kuda yang dikatakan berasal dari Brunei menjadi menjadi ‘rebutan’ dalam kalangan penggemar kek sejak ia tular di media sosial baru-baru ini.

Walaupun kek tapak kuda sudah lama berada di dalam pasaran, namun popularitinya mula mencanak naik

sejak kebelakangan ini sehingga pempengaruh media sosial juga dilihat tidak terlepas mencuba resipi itu.

Lelaki ini kirakan kos buat kek tapak kuda, patutlah ada yang jual mahal

Segulung kek berbentuk bulat itu boleh didapati pada harga sekitar RM15 hingga RM25.

Kek tapak kuda

Dalam kalangan pembeli, ada yang tertanya berapa sebenarnya kos pembuatan segulung kek tapak kuda disebabkan harganya yang jika premium – boleh mencecah RM30.

Seorang pengguna Facebook, Khairul Hakimin Muhammad tampil membuat kira-kira mengenai kos kek tapak kuda yang rupa-rupanya hampir mencecah RM15 untuk satu gulung.

“Ramai minta saya kirakan kos Kek Tapak Kaki Kuda. Saya sendiri tak pernah makan, harap ada penjual ke sesiapa ke tag dekat ruangan komen ya.

“Ikut resipi yang diambil dari Google ini, kosnya ialah sekitar RM14.46. Haa mana kata patut jual RM10 je itu eloklah distalat sahaja dahinya. Rugi wehhh.

“Memang kena jual dalam RM20-25 baru untung. Ini resipi di Google, bayang kalau resipi buat sendiri ke ada ekstra itu ini pasti lebih mahal kosnya,” katanya.

Perkara itu mengejutkan segelintir pengikutnya dan mereka juga memahami mengapa peniaga meletakkan harga tersebut pada kek itu.

“Gamaknya nak suruh jual rm10? Masa duduk Sandakan dulu sekitar 2015-2019 tapak kuda harganya RM10 rasanya. Tapi sekarang dah 2024. Harga barang mentah dah naik. Mestilah harga makanan tu lagi naik. Tak logik sungguh minta RM10,” komen pengikutnya

Baca juga: Jam 2 pagi masih gigih cari rezeki, rupanya warga emas disebalik maskot undang sebak netizen