Lelaki ini sanggup pura-pura pergi kerja setiap hari, takut nak beritahu isteri dah ‘jobless’

Oleh GEMILANGDAILY

Lelaki ini sanggup pura-pura pergi kerja setiap hari, takut nak beritahu isteri dah ‘jobless’Gara-gara takut memberitahu isteri dan keluarga, seorang lelaki di Hong Kong terpaksa berpura-pura pergi bekerja walaupun sudah dipecat tahun lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu yang tidak mahu identitinya didedahkan menjelaskan dia sudah memohon hampir semua pekerjaan di laman web pekerjaan Hong Kong tetapi nasib masih tidak menyebelahinya.

Dia menyangka telefon bimbitnya rosak kerana tidak menerima sebarang panggilan daripada agensi pekerjaan.

Lelaki ini sanggup pura-pura pergi kerja setiap hari, takut nak beritahu isteri dah 'jobless'

“Saya fikir telefon saya rosak kerana tiada panggilan balas. Saya tidak berani memberitahu isteri saya,” katanya.

Lelaki berkenaan hanya mengharapkan cuti umum sahaja supaya dia boleh tinggal di rumah tanpa disoal oleh isterinya. Walaupun agar sukar menjalani kehidupan berpura-pura namun dia tetap terpaksa melakukannya.

Dia akan terus berpura-pura semasa Tahun Baharu Cina yang bakal tiba dengan membeli pakaian baharu dan memberikan bungkusan merah kepada anaknya seperti biasa yang dilakukan sebelum ini.

Walaupun mempunyai simpanan, dia tetap risau kerana mungkin tidak dapat bertahan dengan penipuannya itu dan memerlukan pekerjaan yang benar-benar bergaji.

BACA:

‘Tak perlu tunggu VIP dah selepas ini’