Apabila mahu memasuki rumah sewa, kita sebagai penyewa akan diwajibkan membayar deposit
antara dua bulan atau lebih lagi kepada tuan hartanah sebagai jaminan.
Duit deposit sewa itu pula akan digunakan jika berlaku sebarang tunggakan, kerosakan atau masalah yang berkaitan di rumah atau premis sewa terbabit.
Namun, pihak penyewa berhak mendapatkan semula wang deposit sewa yang telah dibayar setelah tamat tempoh menyewa jika tiada masalah.
Namun, perkongsian seorang pengguna FB menjadi perhatian netizen apabila dia mendedahkan enggan bayar sewa dua bulan terakhir sebelum tamat tempoh sewaan di premis terbabit.
“Disebabkan aku duduk rumah menyewa 10 tahun di sini dan aku tahu permainan pemilik adalah tidak membayar kembali deposit dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah,” tegasnya.
Dakwanya, dia hanya berbuat sedemikian kerana percaya jika kalau pemilik premis tidak akan memulangkan wang deposit sewa yang dibayar dengan bermacam alasan di masa kelak.
Dia juga menyatakan hanya tidak membayar sewa terbabit yang bersamaan nilai deposit yang dipersetujui pada kontraknya.
Selain itu, dia turut berkongsi tangkap layar menerima puluhan panggilan dari nombor yang tidak dikenali cuba menghubungi dirinya ekoran dipercayai keengganan membayar sewa tersebut.
Tambahnya, semua panggilan yang tidak akan diangkat sehinggalah urusan perpindahan selesai sepenuhnya.
Perkongsian individu terbabit langsung mendapat perhatian di platform FB dan undang pelbagai reaksi dari netizen.
Ada sebahagian bersetuju dengan tindakan individu terbabit kerana isu tidak memulangkan wang deposit sewa selepas tamat tempoh oleh pemilik hartanah sudah menjadi perkara biasa.
Sementara sebahagian lain pula merasakan tindakan sedemikian dikira menganiaya si pemilik hartanah kerana bukan semua berperangai seperti yang diperkatakan.
BACA: Betul ke onani punca kulit naik jerawat? Doktor ini tampil beri penjelasan