Lelaki jadi jutawan segera, menang tuntutan wang simpanan arwah bapa RM5.73 juta!

Oleh ISMAIL YAHYA

Seorang lelaki jackpot apabila dia memenangi kes tuntutan wang simpanan bapanya yang bernilai RM5.73 juta, menjadikannya jutawan dalam sekelip mata.

Exequiel Hinojosa sedang mengkaji barang-barang peninggalan bapanya yang telah meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu

sebelum menemui sebuah buku simpanan bank yang telah berusia enam dekad, dan tiada sesiapa dalam keluarganya yang mengetahuinya.

Lelaki jadi jutawan segera, menang tuntutan wang simpanan arwah bapa RM5.73 juta!

Bapa Hinojosa dikatakan telah menyimpan wang tersebut antara tahun 1960 hingga 1970-an untuk membeli sebuah rumah.

Namun, lelaki tersebut kemudian mengetahui bahawa bank tempat bapanya menyimpan wang itu telah ditutup sejak lama.

Walaupun buku simpanan bank yang serupa ditemui, tetapi ia dianggap tidak ada nilai. Walau bagaimanapun, buku simpanan yang ditemui oleh Hinojosa mempunyai butiran penting yang menunjukkan bahawa jika bank tersebut tidak dapat membuat pembayaran, kerajaan akan mengambil alih kawalan.

Namun begitu, kerajaan semasa gagal menyelesaikan kes ini, dan akibatnya Hinojosa terpaksa membawa kes ini ke mahkamah untuk menuntut hak keluarganya.

Mahkamah telah memutuskan bahawa tuntutan ini memihak kepada keluarga Hinojosa, tetapi kerajaan membuat rayuan.

Hinojosa berkata, “Wang ini adalah milik bapa kami. Dia menyimpannya dengan hasil kerja kerasnya, dan ini dijamin oleh komitmen kerajaan.”

Beliau menambah, “Jika sistem keadilan, mahkamah agung, dan mahkamah rayuan memutuskan untuk memihak kepada saya, yang tinggal untuk menyelesaikan masalah ini adalah membayar apa yang perlu dibayar, tidak lebih dan tidak kurang.”

Akhirnya, Mahkamah Agung memutuskan bahawa kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak AS$1,100,000 (RM5.26 juta) bersama-sama dengan faedah dan elaun.

BACA: ‘Please, seminggu je lagi nak halal’, Tunang batalkan perkahwinan gara-gara ditolak ajakan berzina