Lelaki jadi jutawan sekelip mata, mesin ATM tiba-tiba rosak

Lelaki jadi jutawan sekelip mata mesin ATM tiba tiba rosak

Lelaki jadi jutawan sekelip mata, mesin ATM tiba-tiba rosak. Seorang lelaki berjaya mengeluarkan wang tunai sebanyak AS$1.6 juta (RM7.4 juta) dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa pihak bank menyedari perkara tersebut.

Dan Saunders yang tinggal di Wangaratta, sebuah bandar di Melbourne berkata, dia berjaya melakukan perkara itu akibat ‘kelemahan sistem’ perbankan.

Kejadian bermula ketika dia hendak memeriksa baki akaun miliknya dan tertera mesej di ATM yang memaklumkan ‘baki maklumat tidak tersedia’.

Saunders kemudian memindahkan 200 dolar Australia (RM596) dari kad kredit ke akaun simpanannya.

Namun, maklumat di skrin ATM menyatakan ‘pemindahan tidak berjaya’ dilakukan.

Lelaki jadi jutawan sekelip mata mesin ATM tiba tiba rosak

Lelaki itu tidak berputus asa dan tetap berusaha mengeluarkan wangnya dari akaun tersebut.

Tiba-tiba, dia berjaya mengeluarkan wangnya sendiri dari mesin ATM tersebut sedangkan transaksi sebelum itu gagal.

Menyedari seperti perkara pelik berlaku, dia akan cuba mengeluarkan wang di mesin ATM tersebut selepas melakukan pemindahan wang dari kad kredit pada hari lain.

Katanya, transaksi itu hanya berlaku pada waktu awal pagi sahaja.

“Sejak itu, saya sedar ‘kesilapan sistem’ berlaku antara pukul 1 hingga 3 pagi semasa mesin ATM offline dan terputus daripada rangkaian bank,” katanya.

‘Kelemahan sistem’ itu mengubah hidup Saunders menjadi jutawan dalam sekelip mata dan menyebabkan dia ketagih mengeluarkan wang dari mesin ATM.

Lelaki itu hidup mewah selama beberapa bulan seperti menganjurkan parti mewah, menyewa jet peribadi serta membantu rakannya melunaskan yuran pengajian ke luar negara.

Namun, perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya kerana kehidupan sebagai ‘lelaki kaya’ menyebabkan hidupnya tidak tenang.

“Jika selama ini, anda adalah orang yang baik dan tiba-tiba melakukan perkara buruk, tubuh badan anda sendiri akan menolak secara semulajadi,” katanya.

Saunders akhirnya mendedahkan perkara itu kepada pihak bank dan menghubungi pihak media untuk menceritakan kisahnya.

Selepas menjalani perbicaraan, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama setahun serta 18 bulan kerja sosial.

Dia kini kembali bekerja sebagai pelayan bar selepas dibebaskan dari penjara pada 2016

BACA:

Peminat GV mula angin dengan Kak Lina kacau show orang, ‘kami akan nasihat’- Astro

Kedutaan Amerika beri amaran cuaca buruk di Malaysia

Puteri Sarah dedah perkembangan terkini hubunganya dengan Ira Kazar

CATEGORIES