Bab kebersihan amatlah penting untuk mereka yang berniaga di kedai makan tapi masih ada yang tidak menitikberatkan hal tersebut.
Jika dilihat, ada banyak kriteria perlu diikuti mereka yang berniaga, di mana bahagian rambut perlu ditutup dengan sempurna atau diikat kemas agar.
Bagaimanapun satu kes di Singapura, seorang lelaki rasa mual selepas menjumpai rambut
Di dalam cawan teh tarik di sebuah restoran yang kerap dikunjunginya.
Menurut laman berita TNP, lelaki dikenali sebagai Koh mendakwa dia sering mengunjungi kedai makan itu hampir setiap hari untuk minum teh tarik dan makan roti prata.
Namun insiden pada 8 Oktober lepas meninggalkan rasa tidak enak di mulutnya dan lelaki berusia 48 tahun itu berikrar tidak akan kembali ke kedai makan tersebut.
“Saya sedang menghirup teh saya melalui penyedut minuman apabila saya fikir saya mempunyai rambut di mulut saya,” kata Koh seperti dipetik TNP.
Tambah Koh, dia telah meminum sekurang-kurangnya separuh daripada kandungan cawan itu.
Dia meludahkan helaian rambut dari mulutnya dan mengeluarkan penutup cawan untuk memeriksa bahagian dalam.
“Saya melihat sehelai rambut di dalam straw saya dan satu lagi di dinding bahagian dalam cawan.
“Sangat menjijikkan dan ia membuatkan saya muntah,” jelasnya.
Encik Koh kembali ke kedai makan untuk berdepan dengan kakitangan restoran tentang bulu dalam teh tariknya.
Tetapi pekerja tersebut menafikan sebarang salah laku dan menyuruhnya memfailkan aduan jika dia mahu.
Dia pergi ke polis dan dinasihatkan untuk memfailkan aduan dengan Agensi Makanan Singapura.
Pelik dengan kejadian yang berlaku, Koh mengesyaki helaian rambut itu sengaja diletakkan di dalam minumannya.
“Saya melihat pekerja itu bermain-main dengan sesuatu sambil membelakangi saya semasa dia menyediakan minuman saya,” dakwanya.
Ketika ditanya sama ada dia pernah berselisih faham dengan sesiapa yang bekerja di kedai makan itu, dia hanya teringat satu kejadian beberapa bulan lalu.
Dia mendakwa pekerja itu ‘kasar’ kepadanya ketika dia membayar makanannya.
“Saya mengadu tentang pekerja itu kepada pegawai atasannya tetapi itu sahaja.”