Lelaki kayuh basikal sejauh 13,000 km demi jumpa Cristiano Ronaldo

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Dari China ke Arab Saudi, lelaki kayuh basikal sejauh 13,000 km demi jumpa Cristiano Ronaldo

Seorang lelaki muda dari China sanggup berbasikal selama 7 bulan ke Arab Saudi

semata-mata untuk berjumpa bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

Difahamkan, lelaki yang bernama Gong itu berasal dari wilayah Anhui dan telah memulakan perjalanannya sejak 18 Mac lalu.

Pada awalnya, dia berbasikal ke utara Beijing dan memasuki Kazakhstan dari Xinjiang.

Lelaki kayuh basikal sejauh 13,000 km demi jumpa Cristiano Ronaldo

Kemudian, dia melintasi 6 buah negara lain sebelum tiba di Riyadh.

Menurut Gong, dia telah menempuh perjalanan sejauh 13,000km untuk berjumpa idolanya itu.

Pada Oktober 20, Gong akhirnya berjaya menemui Cristiano Ronaldo yang kini sedang bermain untuk kelab bola sepak Al Nassr.

Dalam pertemuan bersejarah itu, Cristiano telah menandatangani bajunya dan mengambil beberapa gambar bersama.

Pada masa yang sama, Cristiano juga telah memuji semangat Gong yang cekal berbasikal dari China sehingga ke Riyadh.

Walaupun mempunyai kekangan bahasa, kegembiraan jelas terpancar di wajah Gong. Katanya, usahanya berhasil walaupun mengalami masalah kewangan dan keletihan melampau semasa berbasikal.

Difahamkan, Gong bertindak berbasikal ke Riyadh disebabkan pembatalan lawatan Cristiano ke China atas masalah kecederaan kaki.

Gong telah menyediakan peralatan secukupnya untuk berbasikal; termasuklah sebuah khemah, dua buah powerbank, peralatan memasak dan beberapa helai baju.

“Di tempat makanan mahal, saya terpaksa makan roti. Malah, saya juga banyak bergantung pada telefon bimbit untuk bercakap dengan orang di negara lain disebabkan perbezaan bahasa.

“Di Armenia pada Ogos lalu, saya alami masalah kesihatan. Saya pengsan disebabkan demam tetapi nasib baiklah saya dapat rawatan percuma,” jelas Gong.

Difahamkan, dengan bantuan staf Al Nassr, Gong dapat ditemukan dengan idolanya Cristiano.

BACA: Golongan muda Kelantan tak kisah tiada hiburan, boleh buat ‘dosa’ di Golok