Lelaki kongsi teknik baru nak curi duit dalam akaun bank!

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Penggodaman identiti peribadi semakin menjadi masalah yang serius, terutama dengan perkembangan teknologi

Yang memudahkan penggodam dalam mencuri maklumat kad debit dan identiti masyarakat.

ImanCybersecurity, seorang pakar keselamatan siber, telah mendedahkan modus operandi penggodam dalam video TikToknya.

Iman menunjukkan satu alat khas yang membolehkan penggodam untuk secara senyap-senyap mengambil maklumat kad debit dari dompet mangsa,

terutamanya di tempat ramai seperti pusat beli-belah dan pengangkutan awam.

Lelaki kongsi teknik baru nak curi duit dalam akaun bank!

Alat ini memungkinkan penggodam untuk menyalin data kad debit tanpa pengetahuan pemiliknya, yang kemudian dapat dieksploitasi untuk tujuan penipuan.

Bagi melindungi diri daripada ancaman ini, Iman mencadangkan untuk menggunakan penyekat gelombang RFID (Radio-Frequency Identification) di dalam dompet.

Peranti RFID blocker ini berfungsi untuk menghalang penggodam dari mengimbas isyarat yang diperlukan untuk mencuri data kad debit atau identiti peribadi lainnya.

Iman menekankan bahawa RFID blocker adalah satu langkah mudah dan berkesan untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Anda boleh mendapatkannya dengan mudah melalui platform e-dagang dengan kos yang berpatutan.

Langkah-langkah seperti ini penting untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penggodam identiti dalam keadaan yang semakin kompleks dan teknologi yang semakin canggih dewasa ini.

BACA: Noorkhiriah dedah umur dia sampai Ustazah Asma pun terkejut macam tak percaya