Lelaki melayu terakhir solat subuh berjemaah dalam KTM buat ramai wanita sejuk hati melihat
SOLAT fardu lima waktu merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam walau di mana jua kita berada.
Terbaharu, video memaparkan sekumpulan penumpang lelaki yang sedang menunaikan solat Subuh di dalam koc Keretapi Tanah Melayu (KTM) tular sehingga menerima pujian ramai.
Video berdurasi 16 saat itu memaparkan empat lelaki sedang mengangkat takbir, berdiri di belakang seorang imam yang mengetuai jemaah berkenaan.
Mereka juga menghamparkan sejadah di atas lantai dan menunaikan solat dua rakaat di ruangan tengah antara kerusi penumpang.
Menurut pemilik video yang menggelarkan diri sebagai Benteng Sejagat, solat Subuh berjemaah merupakan situasi biasa buat mereka yang menggunakan KTM untuk ke tempat kerja pada awal pagi.
“Solat Subuh dalam tren komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang-alik kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini,” ujarnya pada kapsyen.
Adik-adik, ni la calon-calon suami anda kalau mereka masih bujang la. Cepat rebut.
@bentengsejagatSolat Subuh dalam train komuter. Butterworth – Padang Besar. Situasi ini setiap pagi, bagi mereka yang ulang alik Kerja dengan menggunakan KTM Komuter ini. 😊♬ original sound – Founder Misi
Video yang dikongsi pada Rabu menerima hampir setengah juta tontonan menerusi laman TikTok, malah ia turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Selain memuji contoh baik yang ditunjukkan, netizen turut meluahkan rasa sayu melihat kecekalan individu berkenaan yang keluar awal pagi untuk bekerja dan masih taat menjalankan kewajipan agama.
“Walaupun hanya beberapa orang yang solat Subuh tapi keberkatannya untuk semua isi tren tu.
“Adik-adik, ni la calon-calon suami anda kalau mereka masih bujang la. Cepat rebut.
“Semoga setiap urusan seorang anak, seorang suami, seorang bapa atau seorang penjaga dipermudahkan dalam mencari rezeki.
“Ya Allah, limpahkan rezeki mereka kerana tidak melupakanMu dalam urusan pekerjaan harian. Tiada alasan untuk meninggalkanMu.
Netizen luah rasa sayu lihat penumpang solat dalam KTM pada awal pagi.
“Alhamdulillah, kalau tengok orang solat bila keadaan macam ni, hati sungguh tersentuh,” tulis beberapa netizen.
Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, adalah dibolehkan untuk solat secara umumnya sekiranya seseorang itu berada di atas kenderaan.
BACA: