Lelaki mengaku hilang selera’ nak sentuh sebab isteri kedua terlalu pemalu

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap isteri keduanya yang dianggap terlalu ‘pemalu’.

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di platform X, lelaki terbabit akui dia banyak meluangkan masa bersama isteri pertamanya berbanding isteri kedua.

Hal itu berlaku disebabkan sifat isteri keduanya itu yang agak pemalu sehingga kemesraan antara mereka juga terbatas.

Kadang bila aku balik rumah isteri kedua, aku tak rasa nak sentuh dia. Tak macam mula-mula kahwin dulu.

Isteri kedua ni malu, aku nak tengok badan dia pun dia malu.

Lelaki mengaku hilang selera’ nak sentuh sebab isteri kedua terlalu pemalu

Habis benda dah halal kot, tak akan malu. Bermula dari situ lah aku tak rasa nak sentuh, nak tengok dan nak bagi perhatian dekat dia. Aku bosan. Patut ke aku lepaskan je isteri kedua ni atau macam mana?

Meskipun menyifatkan isteri keduanya itu seorang wanita yang baik namun lelaki ini mendedahkan pernah terfikir untuk menceraikannya hanya disebabkan sifatnya yang pemalu.

Masalah dia malu je, bila balik rumah dia auto tak ada nafsu sebab masalah malu dia. Tak ada selera terus. Aku naik baran kalau dengan dia.

Buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, lelaki ini meminta nasihat dan pandangan orang ramai tentang perkara tersebut.

Aku syak sihir pemisah, pergi lah berubat.

Dah halal pun malu ke.

Mungkin dia insecure dengan badan dia, kau sebagai suami pandai-pandai lah ambil hati dan puji dia.

BACA: Bersalin terpantas di dunia, dalam masa 27 saat sahaja selesai