Seorang lelaki di Jogjakarta, Indonesia, mencetuskan kecoh apabila bertindak agresif dan menutup jalan raya, disebabkan sangkaan salahnya yang mendakwa motosikalnya hilang.
Kejadian ini berlaku pada pagi Sabtu, 4 Januari 2025, apabila lelaki tersebut menyusun bangku-bangku untuk menghalang lalu lintas, menyebabkan kesesakan teruk.
Menurut laporan dari Detik Jogja, lelaki tersebut yang kelihatan sangat terkejut, bertindak lebih agresif dengan memarahi pengguna jalan raya yang cuba melalui kawasan tersebut.
Tidak cukup dengan itu, dia juga menendang meja dan kerusi di sebuah warung berdekatan.
Suasana semakin tegang, namun ia mula terkawal apabila seorang anggota tentera yang kebetulan melalui kawasan itu, menghampiri lelaki tersebut dan membawanya ke balai polis.
Setelah diberi nasihat oleh pihak berkuasa, lelaki itu akhirnya menyedari kesilapannya dan menyesal atas perbuatannya. Tidak lama selepas itu, dia bersama rakannya pergi semula ke balai polis untuk memohon maaf.
Ternyata, punca kekecohan itu adalah disebabkan lelaki tersebut yang berada dalam keadaan mabuk.
Dia berjalan kaki ke kedai untuk membeli rokok dan dalam keadaan keliru, dia menyangka motosikalnya telah hilang atau dicuri.
Padahal, motosikal itu sebenarnya telah dipulangkan ke syarikat penyewaan.
Ketua Polis Daerah Depok Barat, AKP Andika Arya Pratama, menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak menyedari bahawa dia tidak membawa motosikal itu, kerana dia sebenarnya berjalan kaki dari rumah sewanya.
BACA:Â Scammer bertindak berani guna hotline Polis Port Dickson untuk scam