Lelaki peluk islam selepas dua kali selamat dari kemalangan maut

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

“Sebenarnya saya sudah percaya pada Allah waktu abang saya shahadah dulu tapi…”

Tiba-tiba beliau berhenti bercakap. Lalu menarik nafas dan hembus beberapa kali kerana beliau sedang menahan sebak.

Beliau sambung berkata,

“Tapi saya sepenuhnya percaya. Tapi selepas dua kali accident ni, kalau abang tengok gambar kereta saya waktu tu ya”

Sambil itu, beliau keluarkan telefonnya dan menunjukkan gambar keadaan kenderaannya ketika kejadian kemalangan tersebut.

Lelaki peluk islam selepas dua kali selamat dari kemalangan maut

“Kereta kemek teruk dihempap pokok besar bang. Penumpang belakang saya mati tapi saya alhamdulillah hidup. Bang tengok, kemek macam ini.

Apabila pasukan penyelamat nampak saya masih bernafas, mereka pun tidak percaya saya terselamat.

Alhamdulillah saya tak ada cedera teruk walaupun kepala terhantuk dengan pokok yang tumbang tu, jari saya je yang cedera. Pelik bang, memang pelik.

Saya yakin bang, ini Allah yang selamatkan saya. Saya bersyukur sangat kepada Allah, beri peluang untuk saya hidup lagi.

Sebab itu saya tak nak tangguh lama-lama, saya beritahu abang saya yang saya hendak datang sini (MRM) untuk memeluk Islam sepenuhnya.”

Mendengar perkongsiannya membuat saya tersentap, individu yang berada di depan saya ini perlu melalui perjalanan yang mencabar untuk beliau mendapat hidayahnya.

Saya tidak perlu melalui kesukaran dan cabaran seperti itu pun untuk menjadi seorang Muslim, tahu-tahu sahaja sudah dilahirkan dalam keluarga beragama Islam.

Maka patutkah saya tidak bersyukur kepada Allah? Patutkah saya tidak menghargai nikmat iman yang diberikan kepada saya ini?

Kisahnya membuat saya lebih bersemangat dan bermotivasi untuk kongsikan Islam kepada lebih ramai orang kerana mereka berhak untuk tahu kebenaran. Sama ada mereka terima atau tidak, itu tugas Allah. Tugas saya hanya perlu sampaikan dengan bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah, beliau merupakan individu yang ke empat dalam keluarganya yang memeluk agama Islam dengan kami.

Abang dan ibubapanya telah pun memeluk agama Islam sebelum Covid lagi, alhamdulillah kali ini beliau pula. T

inggal beberapa adiknya yang belum lagi memeluk agama Islam.

Doakan semoga Allah permudahkan urusan beliau menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan semoga adik-beradiknya yang lain turut diberi hidayah kelak. Allahuma ameen.

Kredit FB Firdaus Wong

BACA: Jiran dari neraka, wanita warga emas berputih mata 28 ikan harga RM142000 mati diracun jiran