Lelaki tanggung malu lepas lamaran kena ‘reject’, satu stadium tengok! Baru-baru ini seorang lelaki terpaksa berdepan dengan satu situasi memalukan yang menimpa dirinya selepas lamaran untuk teman wanita ditolak di khalayak ramai di sebuah stadium hoki di New York.
Melutut sambil tak berbaju
Difahamkan dari video yang dikongsikan, kelihatan lelaki berkenaan melutut di hadapan teman wanitanya dengan tak berbaju berhadapan dengan kawasan tempat duduk penonton semasa berlangsungnya perlawanan Liga Hoki Kebangsaan (NHL) antara pasukan New York Islanders dan Florida Panthers.
Disebabkan tindakan lelaki itu, sebahagian penonton yang berada di stadium tersebut menjerit dalam nada bergurau untuk meminta wanita berkenaan katakan tidak kepada lamaran yang dibuat.
Gurauan itu menjadi kenyataan selepas wanita berkenaan meninggalkan teman lelakinya dalam keadaan terpinga-pinga selepas bangun dari tempat duduk dan berbisik sesuatu kepadanya.
Insiden memalukan tersebut juga mendapat perhatian dari wartawan NHL sendiri iaitu Dan Rosen yang memuat naik satu tweet menceritakan tentang kejadian yang berlaku itu.
Lelaki menanggalkan baju dan tertulis ‘tolong katakan ya, ya, ya’ di dadanya sebelum melutut dan melamar kekasihnya.
Walaupun ramai yang beranggapan insiden itu seolah-olah seperti dirancang, namun menurut pengacara TV, Keith Irizarry mengatakan bahawa ianya sesuatu yang menyedihkan sekiranya betul-betul berlaku.
BACA:
Video tular lori langgar 6 buah kereta rupanya dirakam ayah arwah Siti Sarah
Dr Amalina selamat lahirkan bayi perempuan, siap dedah wajah anak