Lelaki temui batu terapung tengah laut, rupanya nilai cecah RM13 juta!

Oleh ISMAIL YAHYA

Kerana beratnya, dia terpaksa memanggil ahli keluarganya untuk membantunya mengangkat batu tersebut.

Hanya dalam tempoh 2 bulan yang lalu, seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip sampah di Thailand telah menemui muntah paus bernilai RM2.9 juta.

Kini, seorang lelaki lain di Thailand menemui muntah paus yang bernilai jauh lebih tinggi.

Lelaki temui batu terapung tengah laut, rupanya nilai cecah RM13 juta!

Seorang nelayan bernama Narit Suwansang telah menemui sepotong muntah ikan paus yang dianggarkan bernilai sehingga 100 juta baht (RM13.4 juta).

Narit Suwansang, yang berusia 60 tahun, menjumpai batu muntah paus atau yang juga dikenali sebagai ambergris ketika berjalan di sepanjang pantai Laem Talumphuk.

Semasa berjalan, dia menemui sejumlah batu besar dan serpihan kecil berwarna kuning. Nalurinya memberitahunya bahawa batu tersebut bukan sembarang batu, dan dia berhasrat untuk membawanya pulang. Namun, kerana beratnya, dia terpaksa memanggil ahli keluarganya untuk membantunya mengangkat batu tersebut.

Setelah melakukan beberapa ujian, termasuk dengan menggunakan kaedah pembakaran, dia akhirnya mengetahui bahawa batu tersebut adalah ambergris yang sangat berharga selepas ianya mengeluarkan bau yang khas.

Berat batu tersebut dianggarkan sekitar 100 kg, menjadikannya sebagai batu muntah paus paling berat yang pernah ditemui dalam sejarah. Oleh itu, Narit Suwansang hampir pasti akan menjadi seorang jutawan jika berjaya menjualnya kepada pembeli yang berminat.

Narit Suwansang juga menyatakan kesiapannya untuk bekerjasama dengan pakar-pakar yang berminat untuk memeriksa ketulenan batu ambergris tersebut. Seorang ahli perniagaan dari Phuket telah menawarkan untuk membeli batu tersebut dengan harga 960,000 baht (RM128,974) sekilogram, dengan syarat batu ambergris tersebut berkualiti dan datang dari muntah paus gred A.

Dalam tempoh kebelakangan ini, muntah paus (ambergris) semakin kerap ditemui di Thailand, termasuk di Rayong, Surat Thani, dan wilayah Trang.

Ambergris digunakan dalam industri minyak wangi dan kosmetik sebagai bahan yang sangat berharga dan berkualiti tinggi dalam penghasilan produk yang berkualiti tinggi.

BACA: Hotel tiba-tiba muncul tepi laut setelah 28 tahun ‘ghaib’