Lelaki tetapi pakai tuala wanita, buasir jadi punca undang reaksi netizen

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Buasir adalah masalah yang melibatkan saluran darah yang bengkak di dalam rektum, tempat kita membuang najis.

Menurut sumber, tiga daripada empat orang dewasa akan mengalami masalah buasir sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat mereka.

Namun, dalam sebuah video viral, seorang lelaki yang membeli tuala wanita telah menarik perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh @emirtaufiqq, lelaki tersebut kelihatan sedang mencari tuala wanita di sebuah kedai.

Yang menarik adalah apabila dia terpaksa membeli tuala wanita bersaiz besar untuk menutup bahagian pembedahan akibat buasir yang teruk.

Lelaki tetapi pakai tuala wanita, buasir jadi punca undang reaksi netizen

“Buasir memang wujud guys haha. Walaupun selepas pembedahan, masalah masih belum selesai,” katanya.

Video tersebut menjadi viral dengan mencecah 1.6 juta tontonan, 147.7 ribu suka dan 2.8 ribu kongsian di TikTok.

Netizen rata-rata terhibur mendengar suara lelaki tersebut yang pasrah, dan ada yang dapat merelate dengan situasinya.

BACA: Nenek usia 75 tahun masih gagah kayuh basikal kemana saja, rupanya ini yang dia amalkan