“Lelaki tu siap hantar wasap gambar isteri aku kat atas katil, dengan beraninya dia kata isteri aku mengandungkan anak dia!”

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Selama ini saya dah memberikan yang cukup untuk isteri saya, tapi tergamaknya dia mengkhianati saya,

Tak tau dimana salah dan silap saya, mungkin saya tak cukup terbaik.

Dia sangat gila dgn media social, fb, instagram, wechat dan semua aplikasi social dia ada puas saya nasihatkan tapi tak nak dengar,

"Lelaki tu siap hantar wasap gambar isteri aku kat atas katil, dengan beraninya dia kata isteri aku mengandungkan anak dia!"

boleh- boleh dia pergi tidur kat rumah kawan dia berhari² saya mencari dia dimana² kawan perempuan dia tapi dia tak ada kat sana rupanya dia pergi tidur kat rumah lelaki lain.

Lelaki tu siap hantar gambar isteri saya kat atas katil melalui wassap Malah dia kata isteri saya sedang mengandungkan anak dia yang saya sangkakan anak saya tergamaknya mereka.

Selama ini bila saya ajak dia solat dia kata tak sihat lah, macam² alasan dia beri, duit belanja untuk dia pun saya bagi secukupnya, bila cuti saya bawa dia melancong sedihnya rasa hati bila dikhianati macam nie.

Bila isteri saya balik kerumah riak wajahnya relaks tanpa rasa bersalah pun, dia minta dilepaskan, dia kata dia bosan hidup bersama saya, baik lah saya ceraikan dengan talak 1 , jantan tu tunggu kat luar dia ambik kain baju dia.

Saya ceritakan hal ini kepada ibu bapa kami. mereka memang kecewa tapi apakan daya, orang dah tak nak kat kita, ibu bapa dia pula sangat marah dengan dia. mereka tak sangka anak mereka tergamak melakukan perkara yang terkutuk.

Setelah sah kami bercerai dia telah berkahwin dengan lelaki itu tapi selepas dia melahirkan anak dia telah diceraikan kerana lelaki itu sudah mempunyai perempuan lain. Benarlah hidup seperti putaran roda, apa kejahatan kita lakukan pada orang lain akan berbalik pada kita.

Semasa dia curang terhadap saya, saya tak memukulnya kerana saya bukan lelaki dayus, yang memukul perempuan. saya cuma melepaskan dia, walaupun saya sangat mencintai dia memang hati saya cukup terluka, biarlah masa yang mengubati segalanya dan sehingga kini saya masih sendiri, biarlh saya bahagiakan ibu bapa saya lagipun masih belum ada ruang untuk percintaan dihati saya.

Masalahnya sekarang dia datang kepada saya. Merayu2 untuk saya terima semula, Ya saya masih sayangkan dia. Cuma saya buntu untuk buat keputusan. Tolong saya beri pendapat.

BACA: “Ya tahu asal usul anak ni dari benih yang tak sah, aku buat ni bersebab, aku nak tengok usaha dia sejauh mana”