Seorang lelaki dari Poland dilaporkan mengalami pemulihan penglihatan selepas buta selama 20 tahun akibat dilanggar kereta ketika melintas jalan.
Janusz Goraj, yang berasal dari bandar Gorzow Wielkopolski, telah kehilangan penglihatan di mata kirinya
dan hanya mampu melihat dengan mata kanan dalam jarak yang sangat terhad.
Selama 20 tahun, lelaki ini menderita akibat buta sebelah mata, tetapi selepas satu kejadian dilanggar kereta,
penglihatannya pulih seperti sediakala.
Ketika kejadian tersebut, beliau mengalami patah pinggang dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan. Selama tempoh rawatan, mata kirinya yang sebelum ini buta tiba-tiba dapat berfungsi semula.
“Penglihatannya pulih selepas dua minggu. Kami tidak pasti bagaimana ia berlaku, mungkin disebabkan oleh ubat-ubatan yang diambilnya,” kata jurucakap hospital, Agnieszka Wisniewska.
Janusz juga meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat melihat dengan kedua-dua belah matanya selepas 20 tahun hidup dalam kegelapan.