“Lepas 7 tahun berkahwin, baru aku tahu sebenarnya aku ‘ter’kahwin dengan bini orang, sedih bila kenangkan anak”

Oleh NADIA HARON

Assalam. Setelah 7 tahun berkahwin, akhirnya aku tahu yang sebenarnya aku telah bernikah dengan seorang perempuan yang masih sah bergelar isteri orang.

Dia pernah berkahwin tanpa mendaftarkan perkahwinan. Setelah beberapa tahun, dia larikan diri setelah berkali kali gagal minta fasakh.

Atas kerana suaminya kaki pkul, hisap ddah dan tak berkerja.Masa aku tahu tentang status nya, dia melulut merayu supaya aku tak tinggalkan dia.

Tapi aku tak nak hidup dalam dosa. Aku harap dia berubah dan bertaubat. Dia seorang isteri yang baik selama ini. Aku terima dia kembali.

Setakat ini kami masih duduk sebumbung tapi aku tak akan sentuh dia lagi. Aku akan cuba tolong dia bercerrai dengan suaminya yang bagi aku terlalu kejam.

“Lepas 7 tahun berkahwin, baru aku tahu sebenarnya aku ‘ter’kahwin dengan bini orang, sedih bila kenangkan anak”

Hinggakan sanggup pkul dia sampai tangannya pernah p4tah sebelum berkahwin dengan aku.

Lepas tu aku akan nikahi dia secara sah. Aku sedih tengok anak anak kami kerana dari segi syarak mereka berempat beradik bukan nasab dari aku.

Harta pembahagian lepas aku mngalkan dunia ini mungkin tak akan dapat dekat mereka. Aku mohon semua doakan aku supaya urusan kami berjalan lancar. Semoga dosa dosa kami selama ini terhapus.

Sambungan, Part 2

Assalamualaikum. Aku suami yang pernah berkahwin dengan perempuan yang masih sah bergelar isteri orang.

Aku tak pernah rasa kecewa macam ni. Sebelum ini aku pernah berazam nak usahakan cari suami lama isteri aku. Sampai beberapa hari lepas, alhamdulillah process mencari suami lama pada isteri aku sangat mudah.

Terus aku berjumpa dengan suami lama isteri aku yang aku panggil Z. Jadi aku minta Z untuk lepaskan ikatan suami isteri antara dia dan isteri aku. Aku cerita pada dia aku memang bersungguh nak kahwin dengan isteri dia.

Lagipon aku dah bertahun jaga isteri dia dengan baik. Dia pon setuju dengan syarat aku suruh isteri aku jumpa dia secara personal tanpa aku masuk campur atau ada sekali.

Jadi aku pon setuju sebab bagi aku dia juga nak mudahkan process pencraian mereka.

Lepas aku cerita pada isteri aku dia pon terus setuju dan aku set masa untuk dorang berjumpa. Isteri aku tak bagi aku drive kan dia lokasi dorang nak jumpa. Dia siap rahsiakan lagi. Jadi bagi aku kalau ini untuk memudahkan urusan mereka, aku tak kisah.

Tapi yang buat aku sedih isteri aku tak balik sampai berhari hari sejak berjumpa bekas suaminya. Aku tak dapat contact dorang dua langsung sampai aku nekad buat report polis.

Tak sampai sehari, petang tu isteri aku balik dan siap bawa orang yang aku anggap dah jadi bekas suami dia. Hati aku berbunga bunga dan sangat gembira waktu itu. Sampailah isteri aku kata Z tak craikan dia pon.

Dia balik pon sebab nak ambil baju dan barang barang. Dia nak mulakan hidup baru dengan Z sebab mereka masih halal katanya. Z bagitahu dia nak bawa anak pertama aku, sebab itu anak dia dalam kandungan isteri aku waktu dia lari dulu.

Dunia aku bagaikan runtuh dan hncur bila aku dapat tahu semua ni. Semua berlaku sekelip mata. Aku masih sayangkan isteri aku. Aku tak pernah kecewa macam ini. Bagi aku hidup dah tiada makna. Aku tak sanggup hidup berasingan dengan dia.

Aku berharap suatu hari nanti bila suami dia masih berperangai sama macam dulu dia akan kembali pada aku. Masa tu aku akan cintakan dia betul betul sampai dia tak kenal cinta lain selain dari aku.

Aku mohon semua doakan aku kuat untuk besarkan 3 orang anak aku yang isteri aku tinggalkan. Semoga pengkhianatan ini akan menjadi pengajaran buat semua.

Nazuha, Maaf, kalau benar isteri awak masih status isteri orang, perkahwinan awak ni memang sia sia dan tidak sah…

Awak boleh rujuk dengan Jabatan Agama Islam, dan awak patut report polis sebab k3s ni dikira seperti k3s menipu. Sekali lagi saya mohon maaf, saya nampak “isteri” Awak hanya tumpang berteduh sahaja semasa suaminya lari. Kalau betul dia taknak suaminya lagi, pasti dia akan bawa awak dan takkan merahsiakan tempat perjumpaan mereka..

Noriha Husin, Ni macam k3s selebriti dulu lah ni. Cuma kau dah beranak pinak baru sedar yang isteri tu masih isteri orang atau kau dah sedar dia bini orang tapi kau masih teruskan hubungan dengan dia?…

Hurmm rumit untuk makcik bawang KRT selesaikan sebab tak cite detail. Ada baiknya saudara pergi ke pejabat agama untuk menyelesaikan masalah ni.

Cuma aku terpikir apa status anak anak kau sekarang. Kesian diorang, jadi mngsa keadaan.

Cik Bawang Comel, Sorry la nak cakap, perempuan yang kawen dengan ko walaupun dia tau hukum haram dia diamkan. Walaupun dia tau status dia isteri orang.

Dia lupakan hukum lupakan Tuhan macamtu je sebab nak bahagia dengan ko. Tak musthil la dia mudah mudah lupakan ko yang hanya manusia ni.

Bertahun tahun hidup dalam doa sembunyikan status mainkan hukum Allah. Apa je yang kita boleh harapkan?. Dia just pentingkan diri dan hidup dia je. Move on la.

Noor Azura – Allahuakbar. Beratnya dugaannya. Apapun perlu rujuk dengan jabatan agama. Minta solusi yang tepat.

Untuk harta, kita boleh siapkan awal awal. Siap siap hibahkan dan bila diwasiatkan secara berdaftar, kita tak perlu risau.

Sedangkan anak angkat atau orang yang tiade kaitan kita pun boleh dapat, cuma kena ikut saluran yang betul.

Bertaubat lah di atas kekhilafan isteri dan ia terpalit kepada tuan juga. Jaga anak, amanah tuan dengan baik. Jika mereka nak bernikah nanti, baru terangkan.

Saya doakan moga dapat diselesaikan masalah tuan dengan segera. Moga jodoh panjang dan dipermudahkan segala urusan tuan sekeluarga. Amin. In sha Allah..

Nazuha Alias – Speechless sis baca. Terus teringat artis kita dulu. Tapi dia tak sempat kawen (kot).

Macam mana si isteri nak minta fasakh kalau perkahwinan tak didaftar. Kalau pergi pejabat agama pun depa akan minta surat nikah. Tak kisah lah di mana menikah, mesti ada surat. Ada surat nikah baru boleh tuntut fasakh.

Cuba bawa berbincang dengan pejabat agama. Jangan sembunyi apa apa. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Banyak berdoa minta Allah bagi jalan keluar.

Sheila Abdul – Hadiahkan siap siap lah pembahagian anak masing masing kalau takut faraid tak sampai kepada anak..

Kalau nak diikutkan secara syarak sebetulnya isteri tu dah sah janda kerana suami dia dulu..

Pertama: Abaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin selama lebih daripada 3 bulan berturut turut sedangkan nafkah adalah wajib bagi pasngan suami isteri..

Dalam k3s ni isteri tak maklumkan sama ada suami dia dulu ada pernah lafaz cerrai atau tidak untuk lebih mengukuhkan pengesahan sama ada kias atau qisas..

Dan kedua: tidak mendaftarkan perkahwinan bererti perkahwinan yang sebelumnya tidak diiktiraf dan meragukan kesahihannya sama ada mereka menikah secara sindiket ala ala koboi atau di nikahkan oleh kadi yang tidak bertauliah..

Kalau jawabannya “Ya” maka pernikahan mereka adalah tidak Sah. So, sebelum buat apa apa keputusan sila siasat dulu tempat mereka pernah bernikah dahulu.

K3s macam ni saya pernah ada kawan nikah dan rupanya pernikahan mereka tidak sah. Mudah mudahan info saya ni berguna dan dapat menyelesaikan masalah. Allahu, kesian anak anak.

Zura Aisy – Assamualaikum. Maaf setahu saya kalo seorang suami dah berkelakuan sampai menyakiti tubuh badan kita, kalao ikut kan dah pon jatuh talak, walau satu.

Dan dia lari dari suami dia dah bertahun tahun. Dah pon jatuh talak, sebab nafkah zahir batin suami tak kira.

Dalam ajaran Islam jelas jelas telah diterangkan,

Jika seorang suami mngalkan isteri nya selama 2 tahun berturut.

2: Tidak memberi nafkah wajib 3 bulan lamanya.

Menyakiti tubuh badan ataw jasmani si isteri.

Membiarkan (tidak memperdulikan )istri selama 6 bulan atau lebih.

Dan kerana perbuatan tersebut istri tidak redha dan mengajukan gugatan ceria kepengadilan agama, dan apa bila gugatan diterima oleh pengadilan agama, dan istri membayar iwad (pengganti), maka jatuh la talak 1.

Tetapi sementara istri tuan menikah tak terdaftar, dia nak tuntut fasakh dekat mana. Kadang kadang undang undang Malaysia ni bukan senang (maaf cakap).

Yang kawin register pon dan si lelaki dah jelas salah. Susah juga nak lepas walau dah dilafaz cerrai berkali kali, kalau tanpa pengakuan si suami, tak kira sah talak tadi.

Kalo didunia tak dapat keadilan, tanggung sendiri akhirat nanti. Semoga urusan dan niat suci tuan Allah permudahkan. Kalau tuan nak tahu lebih afdal tentang status anak tuan,rujuk pada yang lebih ariff.

Sebab dulu ada satu kisah(nyata), kawin sedrah satu ayah lain mak, sampai ada anak baru dia orang tahu yang depa adik dan abang kandung. Dan ada sorang anak, namun anak tu tak dianggap anak tak sah taraf.

Anak tu tak berdosa kita yang silap. Maaf jika ada kesalahan dalam kata saya

BACA: Pelajar nekad jadi ‘OKU’ demi RM6.15 Juta 10 jam rendam kaki dengan ais