Lepas jual air jagung, Amir Raja Lawak buka restoran ayam goreng pula

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Amir, atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, di laman Facebooknya,

Beliau menawarkan pelbagai promosi termasuk Air Jagung Amerreka pada hari pembukaan yang berlangsung pada Isnin lalu.

Dalam perkongsian tersebut, ramai pelanggan dilihat beratur sehingga ke luar restoran

untuk menyokong perniagaan baharu yang diusahakan oleh pelawak tersebut.

“Asalamualaikum, dengan keberkatan penghulu segala hari, saya ingin memaklumkan bahawa

Lepas jual air jagung, Amir Raja Lawak buka restoran ayam goreng pula

saya akan membuka kedai di medan selera stadium Kota Bharu, Kelantan, di lot kedai yang dekat tangga menghadap Hotel Perdana.

“Bisnes kali ini saya akan menjual ayam goreng, francais dari AP Fried Chicken. Insya-Allah, akan ada juga fries, burger, nasi, dan lain-lain lagi.

“Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kami dan mempermudahkan segala urusan kami dan semua. Aamiin,” kata Amir.

BACA: Patutlah Plaza Mara sendu, segalanya terbongkar apabila Pengerusi Mara ‘spotcheck’