Hanya mereka yang mempunyai pasangan kantoi curang sahaja memahami betapa sakitnya hati melihat ia.
Apatah lagi kantoi bukan hanya bersama satu atau dua tapi lima kekasih gelap dibelakang pasangan yang halal.
Seorang wanita tak menyangka perkahwinan yang dibina hancur sekelip mata selepas melihat WhatsApp suaminya.
Seorang wanita terpaksa melupakan kebahagiaan hidupnya apabila mengetahui suami yang dicintai berlaku curang dengan memiliki lima kekasih gelap.
Kami dah kahwin hampir lima tahun dan ya suami saya dahulu memang seorang ‘playboy’, tukar perempuan macam tukar baju.
Tapi beberapa bulan sebelum kahwin dia janji akan berubah dan setia pada saya. Lima tahun perkahwinan yang indah sehingga kami dikurniakan sepasang cahaya mata.
Namun segalanya berubah apabila dua bulan lalu suami kantoi bermesej dengan ramai wanita, semuanya seperti kekasih.
Lebih menggelikan, mereka sering berkongsi gambar-gambar seksi, bukan seorang tetapi lima orang dalam masa sama, kejam betul suami seperti ini.
Suami memang banyak habiskan masa dengan ‘ladtop’ dan telefonnya. Satu hari dia kelam kabut nak ke bilik air, sampai lupa ‘log out’ ‘WhatsApp web’.
Selalunya memang saya tidak akan tengok telefon mahupun komputer ribanya sebab tahu banyak urusan kerjanya.
Tapi hari itu, bagaimana Allah terdetik untuk saya pandang skrin komputer ribanya, hancur hati saya apabila dia bermesra dengan ramai wanita.
Wanita tersebut sempat menitipkan pesanan kepada kaum isteri agar tidak percaya sepenuhnya kepada suami dan selalu melihat aktiviti melibatkan telefon mereka.
Baca juga Upin-Ipin mendunia, tagline dua singgit masuk dalam kepala pelajar sekolah Korea