LGE beri 7 hari kepada Muhyiddin? Kes apa ni? Ohh, rupa-rupanya ini yang Muhyiddin buat. Pengerusi DAP Lim Guan Eng menghantar surat tuntutan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Menuntut Presiden BERSATU itu menarik balik kenyataan dan memohon maaf segera berhubung tuduhan mengaitkannya dengan pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary.
Salinan surat tuntutan kepada bekas Perdana Menteri kelapan itu dikongsi Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan menerusi akuan media sosial miliknya.
Berdasarkan salinan dokumen yang dimuat naik itu, surat berkenaan dihantar kepada Muhyiddin menerusi Tetuan Gouk, hari ini.
Mengikut surat tuntutan itu, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan Guan Eng sebagai individu yang bertanggungjawab atas pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary menerusi tiga kenyataan berasingan.
‘Tak perlu jawab dari mana sumber wang diterima BERSATU…’ – Peja
Kenyataan itu dikeluarkan Muhyiddin menerusi dua kenyataan media yang disiarkan dalam akaun Facebook pada 10 dan 11 Mac lalu serta satu kenyataan menerusi sidang medianya selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU, pada 12 Mac lalu.
Tuduhan Muhyiddin itu dianggap sebagai fitnah yang amat serius dan bermotifkan politik, selain berniat jahat untuk memburukkan imej Guan Eng.
Berikutan itu, Muhyiddin diberi tempoh tujuh hari bermula hari ini untuk menarik balik kenyataan serta membuat permohonan maaf secara terbuka, selain tidak mengulangi dakwaan itu.
Sekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh ditetapkan, Tetuan Gouk bagi pihak Guan Eng, akan memfailkan writ saman bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Muhyiddin.
Terdahulu, Muhyiddin dalam kenyataan selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac lalu, mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan pengecualian pembayaran cukai diluluskan kepada Yayasan Albukhary.
Muhyiddin berkata, beliau tahu punca Guan Eng yang ketika itu Menteri Kewangan, membatalkan pengecualian cukai yang diperoleh Yayasan Albukhary sebelum itu.
Kelmarin, Guan Eng mencabar Muhyiddin mengemukakan bukti mengenai surat pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary yang didakwa dikeluarkan beliau atau berdepan tindakan saman fitnah.
Terdahulu, beliau menafikan mengeluarkan sebarang arahan spesifik untuk membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Yayasan Albukhary dinaungi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
BACA:
MP Pas-PN kantoi fitnah perarakan wanita adalah perarakan LGBTQ